Jangan Buat Kezaliman

Ibn ‘Abbas pernah berkata:

لَوْ ‌أَنَّ ‌جَبَلًا، ‌بَغَى ‌عَلَى ‌جَبَلٍ ‌لَدُكَّ ‌الْبَاغِي
Maksudnya: “Kalau seandainya ada gunung yang berbuat zalim kepada gunung lainnya, nescaya yang berbuat zalim akan dihancurkan.”

Rujukan: al-Adab al-Mufrad, no. 588; Hilyat al-Awliya’, 1/322

Adil itu meletakkan sesuatu di tempat/kedudukannya yang sesuai. Manakala zalim pula adalah sebaliknya. Antara ciri utama perbuatan zalim adalah memberikan kemudaratan dan kesusahan kepada orang lain.

Doa orang-orang yang dizalimi itu mudah dikabulkan Allah SWT. Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اُنْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُوْمًا
Maksudnya: “Bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 2263, 2264 dan 2438]

“Bantu saudaramu yang zalim” adalah dengan cara mencegahnya daripada perbuatan yang zalim. Ini kerana, jika dibiarkan begitu saja, ia akan terus melakukan kezaliman tersebut. [Lihat: Syarah Sahih al-Bukhari li Ibn Baththal, 6/572]

Pesanan yang berat kepada pemimpin, bakal pemimpin dan bakal pengundi; jangan buat kezaliman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *