[ux_products]
Soalan
Assalamualaikum ustaz. Apa hukum menyimpan janggut? Mohon pencerahan.
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Definisi Janggut
Menurut Kamus Dewan, janggut ditakrifkan sebagai bulu yang tumbuh di bahagian dagu.[1]
Dalam bahasa Arab, janggut disebut sebagai al-Lihyah (اللِّحْيَة). Syeikh Ibn Sidah dalam Lisan al-Arab menyatakan: “Lihyah merupakan suatu nama yang merangkumi jenis bulu yang tumbuh atas kedua-dua pipi dan dagu.”[2]
Anjuran Memelihara Janggut
Imam al-Tirmizi dalam Syamail Muhammadiyyah ada menyebutkan mengenai sifat janggut Rasulullah iaitu tebal dan lebat. Malah menurut sebuah hadis, diriwayatkan:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- …كَثِيرَ شَعْرِ اللِّحْيَةِ
Maksudnya: “Adalah janggut Rasulullah SAW sangat lebat.”[3]
Justeru, berdasarkan hadis tersebut, kita dapat fahami berkenaan saranan dan galakan untuk memelihara dan menjaga janggut termasuk jambang.
Selain itu, menurut kesepakatan ulama, bahawa memelihara janggut adalah dituntut oleh Syara’. Ini kerana terdapat hadis yang warid tentangnya, antaranya:
خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ
Maksudnya: “Selisihilah orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan potonglah misai.”[4]
جُزُّوا الشَّوَارِبَ، وَأَرْخُوا اللِّحَى، خَالِفُوا الْمَجُوسَ
Maksudnya: “Pendekkanlah misai, dan peliharalah janggut kerana menyelisihi Majusi.”[5]
عشرةٌ من الفطرةِ: … وإِعْفَاءَ اللِّحْيَةِ
Maksudnya: “Sepuluh perkara yang merupakan daripada fitrah manusia:…(antaranya) pemeliharaan janggut.”[6]
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah fi’il amar (أعفوا) dengan ‘membanyakkan’ atau makna ‘memelihara’.[7]
Hukum Memelihara Janggut
Berdasarkan hal ini juga, para ulama’ telah khilaf berkenaan dengan hukum memelihara janggut seperti berikut:
Selain itu, jumhur fuqaha’ daripada mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan satu pandangan daripada ulama Syafie mengharamkan memotong janggut. Ini kerana bertentangan dengan suruhan hadis Nabi SAW supaya memelihara janggut.[8]
Kami nyatakan juga di sini beberapa pandangan fuqaha’ Syafi’e berkenaan isu ini, antaranya:
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram turut membincangkan isu ini. Beliau menyebut: “Berkenaan dengan tajuk yang kita sedang bincangkan ini ialah tentang memelihara janggut. Imam al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:
خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ، وَفِّرُوا اللِّحَى، وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ
Maksudnya: “Bezakanlah diri kamu dengan orang-orang musyrikin. Peliharalah janggut dan cukurlah misai.”
Dalam sebahagian riwayat perkataan waffiru bermaksud memelihara. Namun begitu, hadis di atas telah menjelaskan tentang ‘illah (sebab) utamanya iaitu supaya mempunyai identiti yang berbeza dengan golongan musyrikin khususnya orang Majusi kerana mereka selalunya menggunting janggut mereka dan ada pula yang mencukurnya. Kerana itulah Rasulullah SAW menyuruh kita bersikap berbeza dengan mereka untuk mendidik kaum Muslimin supaya mempunyai identiti yang tersendiri.
Maksud tidak mencukur janggut itu bukanlah dengan membiarkannya tanpa diuruskan, tetapi diuruskannya dengan baik pada lebarnya dan panjangnya sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis riwayat al-Tirmizi.[14]
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi turut menyebut: Maka kita dapat lihat dalam perkara mencukur janggut ada tiga pandangan, antaranya:
Perkara yang hampir menyerupai persoalan ini ialah perintah untuk menginai rambut yang beruban supaya keadaan orang Islam itu berbeza dengan kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak menginai rambut mereka. Sedangkan ramai dari kalangan sahabat yang tidak menginai rambut. Maka jelaslah hal ini menunjukkan mustahab iaitu dituntut dan dianjurkan sahaja. Sesungguhnya tidak ada satu berita pun yang dinukilkan oleh ulama salaf bahawa mereka mencukur janggut mereka. Barangkali pada zaman mereka masih belum dititikberatkan untuk mencukurnya dan ia merupakan adat kebiasaan mereka.”[15]
Kesimpulan
Berdasarkan keterangan di atas, kami menyatakan bahawa menyimpan janggut adalah sunat dan sayugia dilaksanakan oleh mereka yang mempunyai janggut dan tiada sebarang larangan serta tegahan oleh mana-mana pihak. Selain itu, kami juga bersetuju dengan pandangan yang paling asah (sahih) dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa hukum mencukur janggut adalah makruh tanzih. Ini kerana menyimpan janggut secara terurus adalah merupakan sunnah Nabi kita yang mulia.
Walaupun begitu, perlu diingat mereka yang ingin menyimpan janggut hendaklah merapikannya dan memeliharanya dengan sebaik mungkin supaya tidak dilihat kusut masai, serebeh dan banyak kritikan orang ramai terhadapnya. Ini menatijahkan penampilan yang salah dalam menterjemahkan perintah Nabi SAW dan berlawanan dengan sifat serta perlakuan Nabi terhadap janggutnya. Sebahagian ulama’ menghujahkan dengan pandangan Ibnu Umar R.Anhuma yang mana janggutnya cuma segenggam.
Wallahu a’lam.
Bertarikh: 10 Mac 2022 bersamaan 7 Syaaban 1443H
[1] Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat. [https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=janggut]
[2] Lihat Lisan al-‘Arab, 15/241
[3] Riwayat Muslim (6230)
[4] Riwayat al-Bukhari (5892) dan Muslim (259)
[5] Riwayat Muslim (260)
[6] Riwayat Muslim (261), Abu Daud (53), al-Tirmizi (2757), al-Nasa’ie (5040), Ibn Majah (293) dan Ahmad (25060)
[7] Lihat al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah al-Fiqhiyyah, 25/223
[8] Lihat al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah al-Fiqhiyyah, 34/226
[9] Lihat Asna al-Mathalib, 1/551
[10] Lihat Hasyiyah Asna Al-Mathalib, 1/551
[11] Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 9/375-376
[12] Lihat Hasyiyah Tuhfat al Muhtaj, 9/375-376
[13] Lihat Hasyiyah al-Bujairimi, 4/346
[14] Lihat al-Halal wa al-Haram, hlm. 112-114
[15] Lihat al-Halal wa al-Haram, hlm. 114