#629: Resmi Lebah dan Sabar

-25%
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan apakah keistimewaan lebah sehingga Allah SWT menamakan satu surah dalam al-Quran dengan nama al-Nahl, iaitu lebah? Terima kasih.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Berdasarkan persoalan di atas, sememangnya Allah SWT memuliakan keistimewaan lebah sehingga terdapat satu surah dinamakan al-Nahl yang memberi maksud lebah, di mana ia menghasilkan madu yang menjadi penawar kepada manusia.

Dinamakan dengan surah al-Nahl (lebah) kerana memuatkan kisah tentang lebah yang diberi ilham (naluri) oleh Allah SWT untuk menyerap sari bunga dan buah-buahan, serta menghasilkan madu yang mengandungi ubat bagi manusia. Kisah ini disebutkan dalam ayat 68-69. Ini adalah sebuah kisah yang menakjubkan untuk memerhatikan dan merenungkan pelbagai keajaiban ciptaan Allah SWT serta menjadikannya sebagai bukti petunjuk tentang wujud-Nya.[1]

Firman Allah SWT:

 وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ ‎﴿٦٨﴾‏ ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ‎

Maksudnya: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”[2]

Sayid Qutb dalam mentafsirkan ayat ini, berkata: “Lebah membuat sarang-sarangnya – mengikut bimbingan fitrahnya – di bukit-bukau, di pokok-pokok kayu dan di para-para yang dibuat oleh manusia seperti para-para anggur dan lainnya. Allah telah memudahkan cara-cara kehidupannya dengan mengadakan penyesuaian dan keselarasan di antara kehendak fitrah-Nya dengan keadaan alam di sekelilingnya.

Keterangan ayat ini yang menyatakan madu itu merupakan penawar kepada manusia telah pun diulas secara teknikal oleh sesetengah pakar perubatan. Hakikat ini memang terbukti benarnya dengan berlandaskan nas al-Quran ini semata-mata. Beginilah yang seharusnya dipercayai seorang Muslim kerana berpegang dengan keterangan umum yang benar di dalam kitab suci al-Quran di samping keterangan hadis daripada Rasulullah SAW.”[3]

Al-Maraghi berkata: “Ilmu perubatan moden telah menetapkan madu mempunyai beberapa faedah. Kandungan glukos yang terdapat dalam madu lebih banyak berbanding dengan makanan lain. Ia merupakan ubat yang penting kepada doktor seiring dengan kemajuan ilmu perubatan. Ia juga dapat diberikan melalui mulut, dapat juga melalui suntikan pada jahitan di bawah kulit dan pada urat leher, dapat pula diberikan dengan sifatnya sebagai penguat dan pemberi makanan.

Ia juga penolak racun yang lahir akibat datangnya zat luar seperti racun (As), air raksa (Hg), emas (Au), cloroform, morfin, dan lainnya. Penolak racun yang lahir akibat penyakit yang terdapat pada anggota tubuh seperti keracunan kencing dan yang lahir daripada penyakit jantung, serta gangguan pada perut besar dan usus. Juga menolak racun dalam keadaan demam seperti tipus, radang paru-paru, radang otak serta campak, dalam keadaan lemah jantung dan dalam keadaan batuk, terutama dalam keadaan berpeluh secara umum akibat peradangan yang menyeluruh serta tajam, otak bertimbun, pembengkakan otak dan sebagainya.”[4]

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: Firman Allah SWT,وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ: Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah kemampuan melakukan hal-hal yang menakjubkan, yang tidak mampu dilakukan oleh manusia-manusia cerdas sekalipun, dan menjadikan hal itu sebagai naluri alamiah lebah dalam dirinya. Lebah hidup membentuk koloni dalam sebuah sarang. Setiap sarang dipimpin oleh seekor lebah yang paling besar, iaitu lebah ratu. Dalam satu koloni, ada lebah pejantan dan ada lebah betina yang merupakan lebah pekerja. Lebah hidup secara kooperatif dalam sebuah sistem yang sangat cermat, menghisap sari bunga dan mengeluarkannnya dalam bentuk madu dan lilin.

Lebah melakukan hal-hal berikut:

Pertama, ‘أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا, yakni Allah SWT memberikan ilham dan bimbingan kepada lebah supaya membuat sarang tempat tinggalnya di gunung-gunung, bukit-bukit, pepohonan dan tempat-tempat yang sengaja dibuat oleh manusia. Lebah juga mampu membuat sarang yang sangat kuat dan cermat. Lubang-lubangnya berbentuk persegi enam dengan sisi-sisi yang berukuran sama. Sebahagiannya digunakan untuk menyimpan madu dan sebahagian yang lain untuk menyimpan lilin untuk menjadi tempat merawat anak-anak lebah. Lebah membuat lubang-lubang sarang berbentuk persegi enam, supaya benar-benar rapat dan tidak ada celah kosong di antara lubang-lubangnya.

Kedua, ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ, yakni kemudian hisaplah sari buah-buahan daripada semua jenis buah sesukamu, sama ada buah yang manis atau pahit, atau buah yang manis-manis pahit. Ini adalah perintah yang menjadi takdir dan ia diciptakan untuk memakan semua buah-buahan.

Ketiga, فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا, yakni jika kamu telah makan daripada buah-buahan, tempuhlah jalan-jalan yang Allah SWT telah mengilhamkan kepadamu untuk menempuhnya dalam proses membuat madu atau dalam mencari buah-buahan dan dapat kembali lagi ke sarang dengan selamat.

Ketika mencari makanan, dengan tanpa disedari, sayap-sayap lebah membantu proses pendebungaan. Semua itu adalah tugas-tugas yang diletakkan Allah SWT pada naluri lebah, bukan berlaku begitu sahaja secara kebetulan. Tetapi itu merupakan sebahagian daripada misi makhluk-makhluk hidup yang memainkan pelbagai peranan di dalam yang bermanfaat bagi manusia. Maha Suci Allah Maha Pencipta, Maha Berkuasa dan yang menyediakan kemudahan sebab untuk setiap sesuatu.

Keempat, ‘يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌyakni, dari perut lebah, keluar madu yang beraneka warnanya. Ada yang berwarna putih, kuning atau merah. Di dalam madu, terkandung banyak manfaat dan ubat penyembuh daripada pelbagai penyakit. Madu juga menjadi salah satu bahan dalam komposisi pil dan ubat-ubatan. Di sini, Allah menerangkan madu dengan tiga ciri. Pertama, sebagai minuman, sama ada diminum secara langsung dalam bentuk madu asli, mahupun dijadikan sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis minuman. Kedua, beragam warnanya, ada yang berwarna merah, putih, kuning dan lainnya. Ketiga, menjadi ubat untuk pelbagai penyakit.[5]

Mengikut ahli sains dan kajian haiwan, lebah tidak mungkin dapat terbang kerana saiznya besar dan sayapnya kecil, tetapi lebah sanggup mencuba tanpa dibatasi ‘tidak boleh’, akhirnya dia berjaya. Itulah kuasa cubaan, semangat tanpa menyerah kalah dan lemah semangat. Akhirnya ia berjaya. Justeru, ambillah semangat lebah.

Antara keunikannya:

  • Sisi pandangannya yang elok. Sekali pun ia berada di mana-mana tempat tetapi tetap ia mencari bunga yang terbaik untuk menghasilkan madu.
  • Sesungguhnya ia cuba sedaya mungkin untuk mempertahankan sarangnya tanpa merasa kecundang. Itulah sifat lebah!
  • Begitu juga lebah menghasilkan madu yang cukup hebat dan bermanfaat bagi orang lain. Itulah sifat lebah!

Benarlah nasihat Ibn Hisyam al-Nahwi (761H):

وَمَن يَصْطَبِرْ لِلْعِلْمِ يَظْفَرُ بِنَيْلِهِ

Maksudnya: “Dan barangsiapa yang menjadikan dirinya sabar bagi tujuan ilmu, dia pasti akan memperoleh apa yang diingini.”[6]

Perhatikan bahasa yang digunakan. Istabara (اصطبر) bukan sabara (صبر). Perkataan yang pertama lebih balaghah daripada sekadar sabar.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 3 Mac 2022 bersamaan 29 Rejab 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Lihat al-Tafsir al-Munir, 7/325

[2] Surah al-Nahl: 68-69

[3] Lihat Fi Zilal al-Quran, 1/430

[4] Lihat Tafsir al-Maraghi, 14/101

[5] Lihat al-Tafsir al-Munir, 7/325

[6] Lihat Audhah al-Masalik ila Alfiyah Ibn Malik, 1/5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *