#980 Berbuka Puasa Kerana Tidak Sahur

-43%
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
-25%

Inspirasi Kehidupan

Inilah Doaku

Original price was: RM20.00.Current price is: RM15.00.
-25%
Original price was: RM20.00.Current price is: RM15.00.
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan

Apakah orang yang terlajak tidur dan tidak bersahur untuk berbuka puasa kerana tidak tahan lapar dan dahaga?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pada asasnya, bersahur termasuk dalam perkara sunat yang digalakkan bagi sesiapa yang ingin berpuasa. Bahkan Ibn al-Munzir menyatakan bahawa umat telah bersepakat bahawa sahur termasuk dalam perkara sunat dan digalakkan, serta tidak berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya.[1]

Di samping itu, Nabi SAW sendiri menyarankan umatnya untuk bersahur kerana terdapat pelbagai kelebihan dan keberkatan padanya.ย  Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุชูŽุณูŽุญู‘ูŽุฑููˆุง ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽุญููˆุฑู ุจูŽุฑูŽูƒูŽุฉู‹

Maksudnya: โ€œBersahurlah, kerana sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatan.โ€[2]

Selain itu juga, bersahur ini merupakan pembeza di antara puasa orang islam dan puasa ahli kitab. Hal ini adalah sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada โ€˜Amr bin al-โ€˜As R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ููŽุตู’ู„ู ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุตููŠูŽุงู…ูู†ูŽุง ูˆูŽุตููŠูŽุงู…ู ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ูƒูุชูŽุงุจูุŒ ุฃูŽูƒู’ู„ูŽุฉู ุงู„ุณู‘ูŽุญูŽุฑู

Maksudnya: โ€œPerbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.โ€[3]

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini menyebutkan, maknanya ialah perbezaan yang paling ketara antara puasa orang Islam dengan puasa ahli kitab adalah bersahur. Hal ini kerana mereka tidak bersahur, sedangkan orang Islam disunatkan untuk bersahur.[4]

Selain daripada itu, al-Hafiz Ibn Hajar al-โ€˜Asqalani menyebutkan, pendapat yang lebih utama bahawa keberkatan dalam sahur dapat diperolehi atau terhasil dari sudut yang pelbagai iaitu mengikut sunnah, menyalahi ahli kitab, menguatkan diri untuk melakukan ibadah, menambahkan tenaga dan semangat, menahan diri daripada perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar, penyebab memberi sedekah kepada yang meminta atau berkesempatan untuk makan bersama-samanya, penyebab kepada zikir dan doa pada waktu mustajab untuk berdoa. Selain itu, waktu sahur juga dapat mengingatkan niat puasa bagi sesiapa yang lalai daripadanyaย  iaitu terlupa untuk niatย  sebelum tidur.

Berbuka Puasa Kerana Terlajak Tidur Hingga Menyebabkan Tidak Bersahur

Dalam permasalahan ini, seseorang yang terlajak tidur sehingga tidak bersahur boleh meneruskan puasanya pada bulan Ramadhan dengan syarat dia telah berniat puasa pada malamnya ataupun dia telah berniat untuk berpuasa terus selama sebulan berdasarkan pandangan Imam Malik.

Mantan Mufti Besar Arab Saudi menyatakan di dalam fatwanya: Jika seseorang itu tidak bangun bersahur, tidak ada masalah untuk dia dan puasanya sah walaupun dia tidak bersahur, tetapi perbuatan tersebut adalah perbuatan yang meninggalkan sunnah. Hal ini kerana Sunnahnya ialah dengan bersahur,ย Rasulullah SAW bersabda: Bersahurlah kamuย , kerana pada sahur itu terdapat keberkatan. Rasulullah SAW sendiri bersahur, dan sunnahnya bersahur dengan apa yang mudah seperti kurma, apa-apa makanan, buah-buahan dan apa yang mudah baginya. Ini adalah sunnah, dan ini membantu puasanya. Namun begitu puasa tanpa bersahur tetap sah puasanya dan tidak ada masalah pada puasanya.[5]

Di antara sebab keberkatan adalah kerana sahur membekalkan tenaga dan membantu seseorang menjalani hari-hari puasa dengan mudah dengan ibadah dan amalan-amalan ketaatan. Lebih daripada itu, Nabi SAW memerintahkan agarย jangan meninggalkan sahur. Perkara ini dapat diketahui melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abu Saโ€™id Al-Khudri bahawa Nabi SAW bersabda :

ุงู„ุณู‘ูŽุญููˆุฑู ุฃูŽูƒู’ู„ูู‡ู ุจูŽุฑูŽูƒูŽุฉูŒ ุŒ ููŽู„ุงูŽ ุชูŽุฏูŽุนููˆู‡ู ุŒ ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฌู’ุฑูŽุนูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุฌูุฑู’ุนูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ู…ูŽุงุกู ุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ูˆูŽู…ูŽู„ุงูŽุฆููƒูŽุชูŽู‡ู ูŠูุตูŽู„ู‘ููˆู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูุชูŽุณูŽุญู‘ูุฑููŠู†ูŽ

Maksudnya: โ€œMakan pada waktu sahur adalah satu keberkatan. Jangan pernah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan satu tegukan air. Sesungguhnya Allah memberikan rahmat dan para malaikat pula mendoakan ke atas orang yang bersahur.โ€[6]

Bahkan pada waktu bersahur ini merupakan waktu yang paling mustajab untuk berdoa dan meminta ampun kepada Allah SWT. Inilah di antara sifat orang mukmin seperti mana yang Allah SWT khabarkan di dalam Al-Quran :

ูˆูŽุจููฑู„ู’ุฃูŽุณู’ุญูŽุงุฑู ู‡ูู…ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑููˆู†ูŽ

Maksudnya: โ€ย Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).โ€[7]

Namun begitu, sekiranya seseorang itu terlajak tidur sehingga dia tidak dapat bersahur, hal ini tidak mengapa kerana dia bukan berniat untuk meninggalkan sahur, tetapi ia berlaku disebabkan oleh perkara yang tidak disengajakan. Hal ini sebagaimana riwayat daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุชูŽุฌูŽุงูˆูŽุฒูŽ ุนูŽู†ู’ ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุฃูŽ ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูุณู’ูŠูŽุงู†ูŽ ูˆูŽู…ูŽุง ุงุณู’ุชููƒู’ุฑูู‡ููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู

Maksudnya: โ€œSesungguhnya Allah mengampunkan ke atas umatku (perbuatan-perbuatan yang dilakukan) secara tersilap, terlupa, dan juga suatu yang dipaksa ke atas mereka.โ€[8]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa seseorang yang terlajak tidur sehingga tidak bersahur pada bulan Ramadhan, puasanya itu sah dan perlu diteruskan dengan syarat dia telah berniat pada malam harinya ataupun telah berniat sebulan terus sebagaimana pendapat Imam Malik. Namun begitu, sekiranya dia terlalu dan teramat lapar dan dahaga sehingga menyebabkan mudharat yang memberi kesan yang teruk pada dirinya, maka dia dibenarkan untuk berbuka pada hari itu dan menggantikannya setelah selesainya bulan Ramadhan.

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 20 April 2022 bersamaan 18 Ramadhan 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Lihat al-Majmuโ€˜ Syarh al-Muhazzab, 6/360.

[2] Riwayat al-Bukhari (1923)

[3] Riwayat Muslim (1096)

[4] Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 7/207.

[5] Lihat Fatawa Nur โ€˜ala al-Darb, 16/307

[6] Riwayat Ahmad (11102) di dalam Musnadnya

[7] Surah Al-Dzariyat : 18

[8] Riwayat Ibn Majah (2045), Ibn Hibban (7219), al-Tabrani di dalam al-Muโ€™jam al-Saghir (765)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *