Category Archives: Pelbagai

#49 Maksiat Berulang, Taubat Berulang

SOALAN Seseorang yang telah bertaubat daripada maksiat, tapi masih mengulanginya banyak kali. Adakah taubatnya diterima? JAWAPAN Allah SWT berfirman: وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksudnya: “…dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur: 31) Imam al-Nawawi menyebutkan: “Para ulama berkata, bertaubat dari setiap dosa hukumnya […]

#47 Pemindahan Organ Khinzir kepada Pesakit Manusia

SOALAN Apakah hukum pemindahan organ khinzir kepada manusia? Bukankah khinzir ni najis mughalllazah dalam Islam? JAWAPAN Saya telah menghuraikan hukum berkaitan pendermaan dan pemindahan organ dan tisu di sini. Adapun pemindahan organ ataupun tisu satu spesies kepada spesies yang lain atau diistilahkan sebagai xenotransplantation, ia memerlukan perincian yang mendalam. Xenotransplantation adalah (i) pemindahan sel hidup, tisu, atau […]

#46 Keadaan Haiwan Peliharaan di Akhirat

SOALAN Bolehkah saya bertemu semula dengan kucing peliharaan kesayangan saya yang telah meninggal dunia di akhirat nanti ? JAWAPAN Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: إن الله يحشر الخلق كلهم، كل دابة وطائر وإنسان، يقول للبهائم والطيركونوا ترابًا Maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan makhluk kesemuanya (pada hari akhirat kelak). (Iaitu) setiap haiwan, burung-burung, dan juga manusia. […]

#44 Nazar di Hati tanpa Lafaz

SOALAN Sahkah nazar yang diniatkan di hati dan tidak dilafazkan? JAWAPAN Imam al-Nawawi menyatakan bahawa pandangan yang paling sahih dalam isu ini yang menjadi kesepakatan dalam kalangan ulama Shafi’iyyah ialah tidak sah nazar melainkan dengan melafazkannya dengan lisan dan kata-kata, dan tidak sah sekadar dengan niat.[1] Imam Jalaluddin al-Suyuti sewaktu menghuraikan kaedah al-umur bi maqasidiha […]

#39 Sebab Dinamakan Muhammad

SOALAN Kenapa Baginda SAW dinamakan sebagai Muhammad? JAWAPAN Sabda Rasulullah SAW : لِي خَمْسَةُ أسْماءٍ: أنا مُحَمَّدٌ، وأَحْمَدُ وأنا الماحِي الذي يَمْحُو اللَّهُ بي الكُفْرَ، وأنا الحاشِرُ الذي يُحْشَرُ النّاسُ على قَدَمِي، وأنا العاقِبُ Maksudnya: “Aku mempunyai lima nama iaitu aku adalah Muhammad dan Ahmad, Aku juga adalah al-Mahi (penghapus) yang mana Allah SWT menghapuskan […]

#38 Mangga Cinta Pengikat Cinta?

SOALAN Apakah hukum seseorang memasang love padlock di tempat-tempat tertentu, dengan berharap akan bertemu jodoh atau jodoh dengan pasangannya akan berkekalan? JAWAPAN Cinta yang ikhlas lahir daripada hati yang meletakkan sepenuhnya rasa penghambaan kepada Allah SWT. Cinta yang sebenar bukan lahir daripada ikhtiar yang syirik dan khurafat kepada-Nya. Tidak ada yang boleh memberi keburukan atau […]

#35 Buah Jiran Jatuh di Halaman Rumah Sendiri

SOALAN Apakah hukum ambil buah dan makan buah daripada pokok jiran yang jatuh di halaman rumah saya? JAWAPAN Secara asasnya, mengambil hak orang lain tanpa izin adalah haram. Firman Allah SWT: وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah…”[1] Begitu juga […]

#33 Muatnaik Gambar Lama Tidak Tutup Aurat

SOALAN Apakah hukum memuatnaik gambar lama yang tidak menutup aurat? JAWAPAN Menurut Imam al-Nawawi, hukum melihat aurat ajnabi samada bagi lelaki dan wanita adalah haram dengan ijma’ ulama.[1] Adapun melihat gambar yang bercetak atau dalam bentuk digital, boleh diqiyaskan hukumnya kepada pantulan objek pada cermin atau air yang dibincangkan oleh para ulama’. Imam al-Ramli ketika […]

#31 Ucap Takziah Kepada Bukan Muslim

SOALAN Bolehkah mengucapkan takziah kepada bukan Muslim atas pemergian ahli keluarganya? JAWAPAN Firman Allah SWT: لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana […]

#26 Bangga Menayangkan Dosa Sendiri di Khalayak

SOALAN Apakah hukum seseorang dengan sengaja menayangkan maksiat di khalayak?  JAWAPAN Perbuatan mendedahkan maksiat sendiri secara terang-terangan adalah di antara dosa besar. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ […]