Category Archives: Pelbagai

#23 Derma Organ dan Tisu

SOALAN Apakah hukum menderma organ dan tisu? Tidakkah ia dikira menyeksa mayat? JAWAPAN Sebahagian para ulama’ berpandangan hukum menderma organ adalah haram. Antara mereka yang berpandangan sebegini adalah Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi[1], Syeikh Ahmad bin Ahmad al-Khalili[2], Syeikh ‘Abd al-Salam Rahim al-Sukkari[3], Sayyid Muhammad Qutbuddin[4] dan Syeikh Sharif Muhammad ‘Abd al-Qadir.[5] Manakala sebahagian ulama’ dan institusi-institusi […]

#21 Makan Stik Yang Masih Merah

SOALAN Apa hukumnya makan daging stik yang masih ada darah? JAWAPAN Di sisi ulama Syafi’iyyah, ada dua pendapat yang dinyatakan. Imam al-Nawawi dan Imam al-Subki menghukumkannya sebagai suci.  Manakala pandangan sebahagian ulama’ Syafi’iyyah lain adalah ia najis yang dimaafkan iaitu halal memakannya. Tetapi jika bercampur dengan suatu yang asing seperti dijirus air, maka darah yang […]

#20 Makhraj Huruf Surah al-Fatihah

SOALAN Apakah sah solat jika membaca “ولا الضالين” dengan ditebalkan bunyinya mirip ظ di dalam surah al-Fatihah? JAWAPAN Saya cenderung kepada tidak sah solat seseorang yang menukar sebutan huruf di dalam bacaan jika ia dilakukan dalam keadaan sengaja dan begitu juga tidak boleh berimamkan seseorang yang membaca al-Quran seperti ini melainkan dia tidak mampu lagi untuk […]

#18 Darah Yang Keluar Selepas Makan Ubat atau Pembedahan

SOALAN Apakah hukum darah yang keluar selepas pembedahan atau selepas makan ubat? JAWAPAN Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan, sewaktu darah itu keluar dan berterusan keluar maka hendaklah wanita itu mengelakkan daripada solat dan perkara-perkara yang diharamkan sewaktu haid. Kemudian hendaklah dia menunggu dan meneliti darah tersebut sehingga sehari semalam (24 jam). Jika darah itu berterusan keluar […]

#17 Benang Hitam Untuk Kanak-Kanak

SOALAN Apakah hukum penggunaan benang hitam yang dipakaikan kepada bayi yang sering menangis ? JAWAPAN Hukum pemakaian benang atau tali di tangan atau kaki bayi dengan keyakinan bahawa ia dapat mendatangkan manfaat atau mengelakkan kemudaratan adalah haram. Menurut W.W. Skeat, pemakaian benang atau tali hitam yang dijadikan gelang adalah amalan tradisi orang Melayu dulukala untuk […]

#14 Mencabut dan Mewarnakan Uban

SOALAN Apakah hukum mencabut uban? JAWAPAN Menurut mazhab Syafie, makruh seseorang itu mencabut ubannya. Rasulullah S.A.W bersabda: لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الإِسْلاَمِ إِلاَّ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ Maksudnya: “Janganlah kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan uban tersebut akan […]

#13 Tanda 100 Hari Sebelum Mati

SOALAN Mengenai tanda-tanda kematian yang disebarkan melalui internet seperti tanda sebelum 100 hari dan lain-lain. Adakah ianya boleh diguna pakai? JAWAPAN Kematian adalah termasuk dalam perkara ghaibiyyat / sam’iyyat. Allah menegaskan dalam al-Qur’an وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ Maksudnya: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan […]

#12 Dakwat/Pasi Sotong

SOALAN Apakah hukum memakan dakwat sotong? JAWAPAN Para ulama’ berbeza pandangan tentang dakwat sotong. Para ulama’ Syafi’iyyah menghukumkan cairan hitam yang keluar daripada sebahagian haiwan laut adalah najis. Menurut Syeikh Abd al-Rahman bin Muhammad Ba’alawi: “Cairan hitam yang ditemui pada sebahagian haiwan laut dan bukan merupakan daging ataupun darah dihukumkan sebagai najis. Jelas dalam kitab […]

#10 Keadaan Kanak-Kanak Meninggal Dunia Semasa Kecil

SOALAN Bagaimanakah khabar bayi yang meninggal dunia? Benarkah dia mengingati ibu bapa dan saudaranya di dunia? Benarkah dia sedang menghuni syurga dan sedang diasuh oleh Nabi Ibrahim? Saya merindui arwah anak saya, JAWAPAN Imam al-Nawawi menyatakan, ijma’ ulama’ menyimpulkan bahawa kanak-kanak Muslim yang mati sebelum akil baligh akan berada di syurga. ‌أَجْمَعَ ‌مَنْ ‌يُعْتَدُّ ‌بِهِ […]

#9 Terlibat dalam Pembinaan Rumah Ibadat Agama Lain

SOALAN Bolehkah Muslim terlibat dalam projek pembinaan rumah ibadat agama lain? JAWAPAN Para ulama’ berbeza dengan dua pandangan dalam hal ini. Sebahagian ulama mazhab Hanafi mengharuskan umat Islam terlibat dalam membina dan bekerja di gereja. Antara yang mengutarakan pandangan ini adalah Ibn ‘Abidin[1] dan Ibn Nujaim[2]. Majoriti ulama’ mazhab Maliki dan mazhab Syafie mengharamkannya. Ini […]