Khalifah Abdul Malik Bin Marwan : Ulama Dan Khalifah Umat Islam

LATAR BELAKANG

Nama beliau adalah Abdul Malik Bin Marwan Bin Al-Hakam Bin ‘Ash Bin Umayyah Bin Syam Bin Abdu Manaf. Beliau dilahirkan Di Madinah  pada tahun 26 Hijrah di zaman pemerintahan khalifah Usman Bin Affan yang merupakan salah seorang khalifah di antara Khulafa al-Rasyidin iaitu khalifah yang ketiga selepas daripada Khalifah Abu Bakar dan Umar Al-Khatab. Beliau merupakan seorang pemimpin bagi kaum muslimin dari Bani Umaiyyah dan merupakan seorang Tabiin. Beliau sempat berguru dengan beberapa para Sahabat yang membuatkan hukum hakam islam terjaga dengan baiknya. Beliau juga sejak dari kecil telah dididik dengan pendidikan agama dan berguru secara langsung dengan Khalifah Usman Bin AffanSelain itu, Beliau juga sudah menghafal Al-Quran, mempelajari ilmu Hadis, Fiqh, Tafsir dan lain-lain, walaupun pada usia yang masih muda.

KEPERIBADIAN BELIAU

Sebelum menjadi Khalifah, Abdul Malik terkenal sebagai seorang yang sangat Zuhud dan berilmu. Ia menghabiskan masa dan waktunya di Madinah untuk mempelajari dan menimba ilmu dari Para Ulama di sana. Beliau tidak sama sekali akan meninggalkan kota tersebut kecuali ketika pergi menunaikan ibadah haji atau berjihad di jalan Allah.

Di Madinah, beliau telah berguru dengan beberapa sahabat Rasulullah SAW seperti Abdullah Bin Umar, Abu Hurairah, dan Abu sa’id Al-Khudri dan semangat untuk menimba ilmu yang tinggi di dalam diri beliau ketika itu, telah menjadikan dirinya salah seorang ulama di Kota Madinah. Beberapa Tabii’in juga telah belajar dan meriwayatkan hadis darinya dan diantarnay ialah Urwah Bin Zubair, Amr Bin Al-Harits da Az-Zuhri. Beliau juga gemar kepada syair-syair dam sering berdiskusi bersama para penyair untuk membahaskan buku-buku mengenai Kesusasteraan seperti Kitab Al-Kamil karangan Al-Mubaraa, Kitab Al-Amali karanagan Abu Ali dan kitab-kitab kesusteraan yang lain.

MENJADI KHALIFAH

Abdul Malik Bin Marwan telah menjadi khalifah setelah ayahnya meninggal dunia pada tahun 65 hijrah. Walaubagaimanapun, sebelum diangkat menjadi Khalifah, beliau terlebih dahulu diangkat menjadi Gebenor Madinah oleh Muawiyah ketika berusia 16 tahun hasil daripada pimpinan dan didikan agama yang sempurna sejak dari kecil. Selain itu, Abdul Malik bin Marwan merupakan Khalifah yang kelima di bawah pemerintahan Umaiyyah pada usia 39 tahun yang diambil daripada wasiat ayahnya iaitu Marwan bin Hakam. Setelah itu, beliau memimpin selama 21 tahun dan dianggap sebagai seorang Khalifah yang perkasa, berwibawa dan mampu memulihan dan menyatukan kamu muslim yang ada pada ketika itu.

Walaubagaimanpun, ketika beliau memegang jawatan sebagai khalifah, terjadinya perpecahan dan pemberontakan dalam kalangan pemimpin di bawah pimpinan umat islam ketika itu. Antaranya pimpinan yang memberontak terdiri daripada Abdullah Bin Zubair daripada Hijjaz hingga ke Iraq, Pimpinan Khawarij yang mendirikan negara di Yamamah(Yaman) dan kelompak Syiah yang hampir mendirikan sebuah negara di Iraq.

Beliau bagaimanapun, mampu untuk menangani pemberontakan itu dan kembali menyatukan umat islam ketika itu dan duduk di bawah satu naungan. Oleh sebab itu, Beliau digelar sebagai Khalifah yang menyatukan negara islam dan pendiri kedua kepada zaman Bani Umaiyyah setelah daripada Mu’awaiyah. 

Setelah beliau berhasil menyelesaikan masalah di dalam negeri yang berlaku kerika itu, Khalifah Abdul malik berjaya untuk menakluk beberapa wilayah Afrika Utara yang dikuasi oleh bangsa Romawi (Penduduk Kota Roma). Penaklukan- penaklukan yang berlaku di Afrika Utara tersebut bermula daripada Tahun 41 Hijrah hingga ke tahun 45 Hijrah.

JASA-JASA BELIAU

Khalifah Abdul Malik Bin Marwan adalah merupakan khalifah yang berjaya mempertahankan keutuhan wilayah yang berada di bawah naungannya di zaman pemerintahan Bani Uamiyyah. Selama beliau memegang jawatan sebagai khalifah ketika itu, beliau telah melakukan beberapa pembaharuan di dalam sistem pentadbiran ketika itu. Diantaranya ialah :

  • Menjadikan Bahasa Arab sebagai Bahasa rasmi negara iaitu ia digunapakai bagi urusan-urusan pentadbiran di bawah kawasan pemerintahannya dan pada saat ini juga berlaku penambahan di dalam kosa kata Bahasa arab yang menjadikan Bahasa tersebut semakin berkembang dengan kosakata dan istilah yang baru. Hal ini dapat disaksikan pada masa ini, yang di mana Bahasa arab banyak digunakan secara menyeluruh di kawasan zajirah Arab dan pada beberapa negara di Afrika Utara.
  • Menukar dan mengeluarkan Mata Wang yang baru seperti Emas(Dinar) dan  Perak(Dirham), yang mana sebelum ini, mata wang bangsa Romawi dan Parsi banyak digunakans sebelum ini. Mata wang tersebut di tulis dengam Kalimat mentauhidkan Allah iaitu “ Laailaha Illahllah” dan juga terdapat tulisan nama khalifah. 
  • Perkembangan sistem pos iaitu dengan mengembangkan sistem yang telah diwajudkan pada masa pemerintahan Muayyah Bin Abu Sufyan.
  • Membentuk Mahkamah Agung yang mana ia berfungsi sebagai sebuah mahkamah yang akan mengadili para pimpinan-pimpinan tertinggi negara yang melakukan penyelewengan ataupun melakukan sesuatu perkara dengan sewenag-wenangnya terhadap rakyat.
  • Membangunkan kemudahan insfrastruktur dan prasarana dengan mendirikan bangunan seperti gudang tau kilang senjata dan kapal perang di Tunisia dan memperluaskan Masjidil Haram di Mekah.

HIKMAH DAN WAFATNYA KHALIFAH ABDUL MALIK BIN MARWAN

Di dalam sejarah, Abdul Malik digelar sebagai “Abu al-Muluk” iaitu bapa kepada raja-raja ataupun Khalifah. Ini adalah kerana keempat anaknya telah menjadi Khalifah kepada Bani Umaiyyah menggantikan beliau iaitu, Khalifah al-Walid, Sulaiman, Yazid dan Hisyam. Abdul Malik bin Marwan telah meninggal dunia pada usia 60 tahun iaitu pada 86 Hijrah. Terdapat beberapa hikmah dan tauladan yang boleh diambil daripada kepimpinan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan diantaranya ialah :

  1. Semangat juang yang tinggi di dalam mempertahankan negara, wilayah dan bangsa Islam seperti menyelematkan Pemerintahan Bani Umaiyyah daripada kehancuran.
  2. Memudahkan umat Islam ketika ini untuk membaca Al-Quran dengan menyempurnakan Mushaf daripada Al-Quran.
  3. Bersemangat yang tinggi di dalam menyebarkan ajaran Islam dan menjaga kedaulatannya.
  4. Membantu mewujudkan kesejahteraan di dalam rakyat di negaranya dengan memperbaiki kemudahan-kemudahan negara yang bertujuan dapat membantu dan memakmurkan rakyat.
  5. Tidak melakukan sesuatu perkara dengan mengikut kepada emosi dan sentiasa bersikap adil serta dapat menerima sebarang kritikan dan teguran yang membangun daripada pelbagai pihak.


KESIMPULAN

Khalifah Abdul Malik Bin Marwan wajar dijadikan teladan bagi pimpinan-pimpinan islam ketika ini. Jasa beliau di dalam membangunkan dan memakmurkan agama islam telah terbukti sehingga ke hari ini. Selain mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, beliau juga merupakan seorang ilmuan agama yang dijadikan tempat rujukan oleh para Tabiin yang lain. Ini membuktikan bahawa pimpinan-pimpinan islam yang lain seharusnya menjadikan islam sebagai suatu rujukan dan panduan di dalam mentadbir seuatu negara. Oleh itu, pemimpin-pemimpin dunia islam ketika ini haruslah memperkukuhkan diri dan jiwa dengan ilmu agama terlebih dahulu sebelum diangkat untuk memegang amanah dan tangungjawab sebagai Khalifah ataupun pemimpin bagi sesebuah negara.

One thought on “Khalifah Abdul Malik Bin Marwan : Ulama Dan Khalifah Umat Islam

  1. Elen Hakim says:

    Maaf ustaz, berdasarkan apa yang saya faham AbduLlah bin Zubair lah yang menjadi khalifah asaknya setelah berlaku kekosongan politik oleh bani Umayyah selepas turunnya Muawiyah bin Yazid daripada takhta Khilafah, yang mana kemudiannya Marwan bin Hakam bangkit kembali merebut kekuasaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *