#311: Peristiwa Nabi SAW Dibelah Dada

-25%
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Ada pengajar yang mengatakan bahawa ketika peristiwa dada Nabi SAW dibelah, bukan air zam zam yang digunakan, tetapi air salju yang digunakan untuk membasuh hati Nabi SAW. Malaikat yang membelah dada Nabi juga tidak dinyatakan malaikat apa. Benarkah begitu? Mohon pencerahan ustaz.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pertama sekali, kisah tersebut adalah sahih kerana terdapat sebuah hadith yang sahih menunjukkan akan berlakunya peristiwa tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim RA di dalam sahihnya dan ia telah diceritakan oleh Anas bin Malik RA, beliau berkata:

أَتَاهُ جِبْرِيلُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ، فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ، فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ، فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ، فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً، فَقَالَ: هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ، ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ، ثُمَّ لَأَمَهُ، ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ، وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ – يَعْنِي ظِئْرَهُ – فَقَالُوا: إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ، فَاسْتَقْبَلُوهُ وَهُوَ مُنْتَقِعُ اللَّوْنِ “، قَالَ أَنَسٌ: «وَقَدْ كُنْتُ أَرَى أَثَرَ ذَلِكَ الْمِخْيَطِ فِي صَدْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah didatangi oleh malaikat Jibril AS ketika baginda SAW sedang bermain-main bersama budak-budak kecil yang lain. Maka, Jibril AS telah mengambil baginda SAW lalu merebahkan baginda SAW. Kemudian, Jibril As telah membelah dada baginda SAW dengan mengeluarkan segumpal darah daripada hati baginda SAW sambil berkata “Ini adalah bahagian syaitan yang terdapat di dalam dirimu”. Kemudian Jibril AS menyucikannya di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada emas dengan menggunakan air zamzam. Setelah itu, Jibril AS menjahitnya kembali dan mengembalikan baginda SAW di tempat permainannya tadi. Budak-budak kecil yang bermain bersama baginda SAW tadi pergi mengadu kepada ibunya dengan mengataka bahawa: “Muhammad telah dibunuh”. Orang ramai menyambut baginda SAW yang dalam keadaan pucat kerana baginda masih di dalam ketakutan. Anas berkata: “Aku telah melihat kesan jahitan tersebut di dada baginda SAW.”[1]

Berbalik kepada persoalan di atas, terdapat dua isu:

Pertama: Nama malaikat dan berapa kali 

Dalam isu ini para ulama’ telah khilaf berkenaan dengan berapa kali Rasulullah SAW dibedah dadanya. Ibn Hajar al- Asqalani berkata: “Sebahagian mereka ingkar berlakunya pembelahan dada pada malam Isra’. Mereka berkata hanya berlaku ketika kecil di perkampungan Bani Sa’d. Hal ini tidaklah diingkari kerana terdapat beberapa riwayat dan thabit pebedahan dada juga ketika dibangkitkan menjadi Rasul sebagai riwayat Abu Nuaim dalam al-Dala’il. Ringkasnya saya nyatakan begini:

  • Kali pertama ketika kecil dalam usia 4 tahun. Datang Jibril dan merebahkannya serta membedah dadanya. Ini seperti riwayat Muslim dalam Sahihnya daripada Anas bin Malik.
  • Ketika dibangkitkan menjadi Rasul seperti riwayat Abu Nuaim dalam al-Dala’il.
  • Ketika Isra’ dan Mi’raj dan ini thabit dalam Sahih Bukhari dan Muslim dan lain lagi seperti riwayat Anas bin Malik daripada Malik bin Sa’sa’ah dan lain.

Berdasarkan beberapa riwayat di atas menunjukkan bahawa Jibril yang melaksanakan tugas pembedahan.

 

Kedua: Air Yang Digunakan

Mengikut sebahagian riwayat tidak menyebut apakah air yang digunakan. Tetapi dalam riwayat yang lain menyebut dengan menggunakan air zam-zam.

Justeru, saya cenderung kepada pendapat bahawa dibasuh dengan menggunakan air zam-zam kerana riwayat air zam-zam adalah ithbat dan kaedah menyebut bahawa ithbat itu didahulukan dari penafian.

Sila rujuk kepada kitab yang muktabar seperti Fath al-Bari, al-Sahih min Sirat al-Nabi al-A’zam, al-Tabaqat oleh Ibn Sa’d, Dala’il al-Nubuwwah oleh al-Baihaqi dan lain-lain. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua dalam mencari fakta yang sahih lagi benar, amin.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 17 Januari 2022 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1443H

[1] Riwayat Muslim (162)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *