Sultan Sulaiman al-Qanuni

Nama Sulaiman al-Qanuni selalu digandingkan bersama Salim I bin Beyzid (w. 1519M) sebagai khalifah terkuat. Salim I dikenang sebagai khalifah yang menundukkan Shafawiyah (Syiah) yang bekerjasama dengan penjajah Portugis menghadapi kaum muslimin. (Lihat Sejarah Islam: Sejak Zaman Nabi Adam hingga Abad XX, hlm. 363)

Sultan Sulaiman Al-Qanuni lahir pada 6 November 1469 M di Trabzon, sebuah kota yang terletak di Turki bagian Timur Laut di kawasan pantai Laut Hitam. (Lihat King Sulaiman The Magnificent, hlm 53) Nama ibunya adalah Ayse Hafsa Valide Sultan atau lebih dikenali dengan nama singkatan Hafsa Sultan.  Manakala ayahnya pula ialah Sultan Selim I.Pada awal pemerintahan Sultan Salim I, beliau berjaya memajukan dan mengembangkan wilayah dan kekuasaan Kesultanan Turki Uthmaniyah. Selepas kemangkatan Sultan Salim I, kepemimpinan Kesultanan Turki Uthmaniyah digantikan oleh anaknya, Sultan Sulaiman Al-Qanuni dengan membawa lebih banyak kemajuan bagi Turki Uthmaniyah, bahkan pencapaiannya melebihi apa yang sudah diusahakan oelh Sultan Salim I dan para sultan sebelumnya. (Lihat King Sulaiman The Magnificent, hlm 47-50)

Beliau naik menaiki takhta kekuasaan ketika beliau berusia 26 tahun. Sulaiman merupakan seorang yang tidak terburu-buru dalam semua tindakan dan mengambil keputusan. Apabila beliau telah mengambil keputusan, maka beliau tidak akan pernah menarik keputusan yang sudah diambil. (Lihat Bangkit dan Runtuhnya Daulah Usmaniyah, hlm. 261)

Seorang utusan dari Venesia, Bartolomeo Contarini dalam catatan perjalanannya ke Istanbul Turki, menggambarkan fizikal Sultan Sulaiman Al-Qanuni. Menurut Contarini, pada ketika itu Sulaiman baru berusia 25 tahun. ”Dia seorang yang tinggi, tapi kurus dan kuat serta kulitnya lembut,” Contarini menyebut. Selain itu, sang sultan digambarkan memiliki leher yang lebih panjang sedikit serta hidungnya bengkok seperti paruh rajawali. ”Dia adalah pemimpin yang bijaksana, sangat cinta pada ilmu. Sehingga semua orang berharapkan kepemimpinannya,” Contarini memuji akhlak Sultan Sulaiman Al-Qanuni.

Sebelum menaiki takhta kesultanan Uthmani, pada usia 17 tahun Sultan Sulaiman Al-Qanuni dilantik oleh ayahandanya untuk menjadi gabenor pertama Kaffa (Theodosia), pada tahun 1511 M. Setelah itu, kepimpinan beliau terus diuji dengan lantikan sebagai Gabenor Sarukhan (Manisa) dan kemudian memimpin masyarakat di Edirne (Adrianople). Selepas lapan hari kemangkatan ayahnya (Sultan Salim I), pada 30 September 1520 M, Sultan Sulaiman Al-Qanuni menaiki takhta dan menjadi sultan ke-10 Kesultanan Turki Uthmaniyah, pada usia 25 tahun. (Lihat King Sulaiman The Magnificent, hlm 45)

Sejarah Islam mencatatkan kejayaan dan kehebatan perjuangan Sultan Sulaiman al-Qanuni sebagai penguasa Muslim terunggul dan juga salah seorang Khalifah Uthmaniyyah yang amat berjaya. Di abad ke-16 M, penguasa Kerajaan Islam Uthmani, Sultan Sulaiman al-Qanuni menjadi pemimpin yang sangat penting di dunia, baik di dunia Islam mahupun Eropah. Di era kepemimpinannya, Kerajaan Islam Uthmani menjadi  negara berkuasa yang disegani dalam bidang politik, ekonomi, dan ketenteraan. (Lihat History of The Ottoman Empire and Modern Turkey, hlm. 87) Pemimpin Muslim yang mendapat gelaran “Solomon the Magnificent” atau “Solomon the Great” itu adalah Sultan Sulaiman (Lihat Ushul at-Tarikh al-Uthmani, hlm. 87-88). Sultan Sulaiman juga  terkenal sebagai negarawan Islam yang terulung pada zamannya. Kepimpinannya yang begitu hebat membuat Sulaiman dikagumi oleh kawan dan lawan. Pada zaman pemerintahannya, Kerajaan Islam Uthmani memiliki kekuatan ketenteraan yang sangat teguh dan kuat. (Lihat Daulah Utsmaniyah fi at-Tarikh al-Islam al-Hadith, hlm. 33) Sultan Sulaiman berjasa besar dalam penyebaran agama Islam di Eropah. Ketika berkuasa, beliau berjaya menyemaikan dan menyebarkan ajaran Islam hingga ke tanah Balkan meliputi Hongaria, Beograd, dan Austria. Dia juga berjaya menyebarkan ajaran Islam di benua Afrika dan kawasan Teluk Parsi. 

Gelaran “Al-Qanuni” dianugerahkan kepadanya atas usaha dan kejayaannya dalam menyusun dan mengkaji sistem undang-undang Kerajaan Islam Uthmani. (Lihat Ensiklopedia Tematis Dunia Islam, hlm. 235) Bukan hanya menyusun bahkan Sultan Sulaiman juga secara konsisten dan tegas melaksanakan undang-undang itu. Sultan Sulaiman menerapkan syariah Islamiyah dalam memimpin rakyat yang tersebar di Eropah, Parsi, Afrika, serta Asia Tengah.

Kebebasan beragama dan sifat toleransi di bawah kesultanan Uthmaniyyah pada zaman rakyatnya mengamalkan pelbagai agama diterapkan pada masa pemerintahannya. (Lihat Ensiklopedia Tematis Dunia Islam, hlm. 241) Tidak pelik, jika pada zaman pemerintahannya umat Islam dan Kristian dapat hidup dengan aman dan damai. (Lihat Sejarah Kebudayaan Islam, hlm. 334) Selain merupakan pemerintah Kesultanan Uthmaniyyah, Sultan Sulaiman juga merupakan seorang penyair yang hebat dalam peradaban Islam. Pada era pemerintahannya, Istanbul yang merupakan ibu kota Turki Uthmani menjadi menjadi pusat kesenian visual, muzik, penulisan dan falsafah. (Lihat Majalah Republika, hlm. 4)

Zaman pemerintahan Sulaiman al-Qanuni adalah yang terpanjang berbanding dengan sultan lainnya, iaitu pada tahun 1520 hingga 1566. Semasa pemerintahannya, Sultan Sulaiman mencapai begitu banyak kemenangan dalam pelbagai peperangan, sehingga wilayah kekuasaan Kesultanan Uthmani berkembang dari Timur ke Barat. (Lihat Sejarah dan Kebudayaan Islam, hlm. 334)

Sulaiman meninggal dunia pada usia 71 tahun ketika berada di Szgetvar, Hongaria pada 5 Jun 1566 M. Jasadnya dimakamkan di Masjid Agung Sulaiman yang berada di kota Istanbul, Turki. Kehebatan dan kebaikannya selama memimpin kesultanan Uthmani hingga kini tetap dikenang. (Lihat Sejarah dan Kebudayaan Islam, hlm. 334)

Semoga Allah SWT merahmati Sultan Sulaiman al-Qanuni ini. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *