Salahuddin al-Ayyubi

Salahuddin Al Ayyubi dilahirkan lahir pada tahun 532 H/1138 M di benteng Tikrit, Iraq. Pada ketika itu ayahnya, Najmuddin Ayyub, merupakan penguasa Seljuk di Tikrit pada masa pemerintahan Imaduddin Zanki gabenor Seljuk di Kota Mosul, Iraq. Pada 534 H/1139 M, ketika Imaduddin berjaya mendapatkan wilayah Baalbek di Lebanon, Najmuddin Ayyub diangkat menjadi gabenor di sana. Selama keluarganya berada di Baalbek inilah, Salahuddin mengisi masa mudanya dengan mempelajari teknik, strategi dan politik di dalam peperangan. Beliau kemudian turut mendapat pendidikan di Damaskus untuk mempelajari teologi Sunni selama sepuluh tahun. Pada 1164, beliau diberi kepercayaan oleh penguasa Damaskus ke Mesir untuk membantu Dinasti Fatimiyah melawan serangan tentara Salib.

Ketika Salahuddin berada di Mesir, beliau diminta untuk mempertahankan wilayah itu daripada serangan Kerajaan Latin Jerusalem di bawah pimpinan Raja Amalrik I. Walaupun pada ketika itu dinamik politik di Mesir sangat tidak stabil dan beliau tidak memiliki kuasa atas tentara yang masih di bawah pimpinan Al-Adid, yang merupakan wazir (setara perdana menteri) yang lemah pada ketika itu, Salahuddin dan pakciknya, Syirkukh, berjaya mempertahankan Mesir. Selepas kewafatan Al-Adid, Syirkukh dilantik untuk menjadi wazir kerana telah beliau berjaya mempertahankan Mesir. Namun, hanya dalam tempoh yang singkat iaitu dua bulan, Syirkukh meninggal dunia dan akhirnya jawatan Wazir Mesir akhirnya dipegang oleh Salahuddin pada tahun 1169. Sebaik sahaja Salahuddin menjadi wazir, beliau terus merombak dan menyusun semula kekuatan ketenteraan beliau. 

Salahuddin al-Ayubi adalah merupakan seorang tokoh yang terus cemerlang dalam Daulah Ayubiyah di Mesir sehingga 80 tahun kemudiannya. (Lihat, Saladin: the Politics of the Holy War, hlm. 34) Para sejarawan semua bersetuju mengatakan bahawa setelah Asaduddin Syirkukh meninggal dunia, semua urusan kenegaraan diserahkan kepada beliau. (Lihat Saladin: the Politics of the Holy War, hlm. 34) Kewafatan Nuruddin telah memberikan kesempatan kepada Salahuddin untuk meluaskan daerah kekuasaannya sehingga ke Mesir, sebahagian daripada Syam, al-Jazirah, Yaman serta Mosul.

Dengan kata lain, Daulah Ayubiyah telah tersebar luas dan menjadi sebuah kawasan yang amat luas di dunia Arab. Jelasnya, Salahuddin telah mewarisi panji-panji jihad sebelum eranya yang telah dikibarkan oleh Syarafuddaulah Maudud dan Imaduddin Zanki dengan menyatukan perjuangan umat Islam di Mesir, Syam, al-Jazirah, Hijjaz serta Yaman (Lihat Islamic Jurusalem and its Christians: A History of Tolerance and Tensions, hlm. 20). Apa yang lebih membanggakan umat Islam ialah Salahuddin seorang yang mendukung perjuangan fi sabilillah untuk membebaskan Tanah Suci Baitul Maqdis.

Sebagai persediaan untuk membebaskan Baitul Maqdis daripada tangan pihak Salib, Salahuddin telah menyediakan sejumlah besar angkatan ketenteraan untuk perang, selain juga memiliki angkatan perang Mesir sendiri serta angkatan perang oleh Sultan Morocco. (Lihat Atlas Perang Salib, hlm. 125) Beliau bersama gabungan ketenteraannya telah menakluk Benteng Karak terlebih dahulu pada tahun 578 H / 1182 M. (Lihat Atlas Perang Salib, hlm. 130) Baginya sejak mendirikan Daulah Ayubiyah, Salahuddin telah bertekad untuk menjamin keselamatan laluan perdagangan serta keselamatan kapal-kapal milik nelayan Muslim di kawasan Laut Merah. Lebih-lebih lagi kerana ia berkait rapat dengan keselamatan perjalanan para jemaah haji. Justeru, pada perkiraannya dapatlah dikatakan bahawa berdirinya daerah penaklukan Salib di Karak bererti memerlukan usaha yang lebih keras, di samping lebih bijak dalam menjalankan rentak politiknya. Apa yang dapat difahami, ternyata Salahuddin begitu menitikberatkan kemaslahatan umat Islam di mana beliau tidak pernah ragu untuk berkonfrontrasi dengan semua pihak yang cuba mengganggu keamanan di laut tersebut. Bahkan tidak sesekali gentar menghancurkan armada Salib yang melakukan pencerobohan. 

Sudah sekian lama semangat Salahuddin sentiasa membara dan berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib. Ini menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Beliau sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Ketokohan Salahuddin al-Ayubi dalam pertempuran memerangi Tentera Salib begitu terserlah ketika berlakunya Perang Hittin (583 H/ 1187 M). Pada hari Sabtu, 14 Rabiulakhir 583 H, tercetuslah perang di antara Tentera Salahuddin dan Tentera Salib. (Lihat Atlas Perang Salib, hlm. 130).

Salahuddin mengambil kesempatan menyerang Tiberias pada waktu pasukan Salib menyangkakan bahawa beliau serta pasukannya masih lagi berada di daerah Shafuriya iaitu di Akko. Keadaan ini menyebabkan Salahuddin berjaya menawan kembali Tiberias daripada terus menjadi milik pasukan Salib. Kesannya, pasukan Salib cemas lalu mengerahkan pasukan tentera ke kawasan tersebut.

Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan umat Islam hampir menyebabkan pasukan Salib terus kalah. Ramai dalam kalangan mereka yang melarikan diri ke Tyre (Shour). Menyedari tindakan pasukan Salib tersebut, pasukan Muslim mengejar mereka dan terus menggempur sehingga pasukan Salib hampir tewas. Hanya sedikit sahaja daripada tenteranya yang berjaya menyelamatkan diri dan berlindung di Hittin. (Lihat Atlas Perang Salib, hlm. 62) Namun begitu, pasukan Salib akhirnya terpaksa menyerah diri dan mengaku kalah kepada pasukan Muslim setelah barisan pertahanan mereka hancur. Bahkan Raja Guy de Lusignan sendiri berjaya ditawan Salahuddin.

Misi Salahuddin seterusnya sebelum menuju Baitul Maqdis dan membebaskan daerah Tebnine di mana beliau berhasil merampasnya kembali daripada pasukan Salib pada 18 Jamadilawal, tahun yang sama. Kemudian, daerah Shaida pula yang jatuh ke tangan Muslim pada hari Selasa, 20 Jamadilawal manakala Kota Beirut pula pada hari Khamis, 29 Jamadilawal. Asqelon pula turut jatuh pada tahun yang sama iaitu 583 H setelah hampir 35 tahun kota ini dikuasai oleh pasukan Salib. Salahuddin bersama pasukannya mengambil keputusan menetap di Asqelon di mana di Asqelon inilah beliau menerima penyerahan Kota Gaza, Bait Jibril serta Nazhrun tanpa berlaku sebarang pertempuran.32 ahuddin, selain daripada panglima Baron.

Misi Salahuddin seterusnya sebelum menuju ke Baitul Maqdis ialah membebaskan daerah Tebnine di mana beliau berhasil merampasnya kembali daripada pasukan Salib pada 18 Jamadilawal, pada hari Ahad, merujuk kepada tahun yang sama. Kemudian, daerah Shaida pula yang jatuh ke tangan Muslim pada hari Selasa, 20 Jamadilawal manakala Kota Beirut pula pada hari Khamis, 29 Jamadilawal. Asqelon pula turut jatuh pada tahun yang sama iaitu 583 H setelah hampir 35 tahun kota ini dikuasai oleh pasukan Salib. Salahuddin bersama pasukannya mengambil keputusan menetap di Asqelon di mana di Asqelon inilah beliau menerima penyerahan Kota Gaza, Bait Jibril serta Nazhrun tanpa berlaku sebarang pertempuran. (Lihat Islam: The Straight Path, hlm. 59)

Menjadi suatu perkara yang menggembirakan pasukan Muslim serta umat Islam seluruhnya apabila pasukan Muslim menerima penyerahan al-Quds atau Baitul Maqdis pada hari Jumaat, 27 Rejab 583 H.  (Lihat  al-Haraka al-Salibiyya, Safha Musharifa fi Tarikh al-Jihad al-Islami fi al-Usur al-Wsta, Jil. 2, hlm. 633 – 636) Seramai 60,000 orang Frank telah diusir dari kota ini, manakala 16,000 lagi masih tertawan kerana ada di antara mereka yang tidak mampu membayar wang tebusan diri.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu diapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Al-Asfahani (w. 597 H) menyebut dalam kitabnya yang terkenal al-Fath al-Qussi fi al-Fath al-Qudsi) banyak cerita tentang penaklukan Al-Karak. Dia menyebut satu gelaran penting (Negeri Al-Karak) dan berkata: – Putera Al-Karak jatuh ke dalam tawanan, dan isterinya adalah anak perempuan Philip, Puteri Al-Karak di Jerusalem. Apabila Baitulmaqdis dibebaskan, dia (Puteri Karak) keluar ketika dia merayu kepada wanita Sultan (isteri dan anak perempuan Sultan) untuk membebaskan anaknya, Henfri bin Henfri, dari tahanan. Nampaknya dia meminta untuk bertemu Sultan Salahuddin al-Ayyubi dengan isteri anaknya yang disebutkan di atas, maka baginda menghormati mereka dan meminta untuk membawa anak tawanannya dari Kubu Damsyik sebagai pertukaran untuk menyerahkan istana Shobak dan Karak daripada Puteri Karak, maka dia memenuhi permintaan Sultan, tetapi orang-orang Karak tidak bersetuju dengannya dan Sultan memaafkannya (anak perempuan Philip). Daripada perkara di atas, kita difahamkan bahawa Sultan Salahuddin Al-Ayyubi berusaha keras untuk memulihkan Al-Karak secara aman tanpa pertumpahan darah, mengambil kesempatan daripada kehadiran puteri Frank. Walaupun begitu, dia menunjukkan kemurahan hatinya dengan membebaskan anak lelakinya yang ditawan, dan dia tidak menolak untuk membebaskannya selepas tentera istana enggan menyerahkannya kepada orang Islam.

Sejarah tidak merekodkan seorang penakluk yang lebih penyayang daripada umat Islam: Salahuddin memenuhi janjinya, membenarkan mereka yang membayar tebusan untuk pergi, dan dia telah mengatur di setiap pintu seorang putera raja terlebih dahulu untuk mengira jalan keluar, jadi sesiapa yang membayar tebusan; dia dibebaskan keluar. Walaupun sedikit wang tebusan yang dikenakan oleh Salahuddin sebagai pertukaran untuk keberangkatan mereka dari Baitulmaqdis, dan memastikan ketibaan mereka ke tempat selamat mereka, ramai daripada mereka tidak dapat membayarnya untuk diri mereka sendiri, dan selepas 40 hari mereka menjadi tawanan di tangan orang Islam dan tiada seorang pun tentera Salib yang kaya menyumbang kepada tebusan orang miskin mereka. Patriark Heraclius meninggalkan Jerusalem dengan perbendaharaan besarnya tanpa mempedulikan orang lain. (Abdullah Al-Ghamdi, Saladin dan Tentera Salib, hlm. 216). Nampaknya ini adalah sebab kurangnya nilai kekeluargaan dan hubungan lain antara tentera Salib pada masa itu, kerana tawanan adalah campuran pelbagai bangsa dan bangsa Eropah, dan mengupah tentera asing yang ingin mengembara ke Timur untuk mendapatkan kebebasan dan menyingkirkan perhambaan tanah yang berleluasa pada masa itu dalam masyarakat Eropah (Nazir Saadawi, Tentera Mesir, hlm. 69).

Setelah berhasil menguasai Jerusalem, Salahuddin kemudian berhadapan dengan pasukan Salib yang dipimpin oleh Raja Richard dari pihak tentera Inggeris. Pertempuran dengan tentara Salib berakhir dengan perjanjian damai antara Salahuddin Al Ayyubi dan Richard dari Inggeris.

Beberapa tahun setelah serangan tentara Salib di bawah pimpinan Raja Richard dari Inggeris, Salahuddin Al Ayyubi meninggal dunia. Kematian Salahuddin Al Ayyubi terjadi pada tahun 1192, setelah beliau memeterai persetujuan Perjanjian Ramla dengan Raja Richard. Dalam perjanjian itu, Jerusalem tetap dikuasai Muslim dan terbuka penziarah Kristian.

Rujukan: Man, John. (2017). Salahuddin Al-Ayyubi: Riwayat Hidup, Legenda, dan Imperium Islam. Tangerang: Pusataka Alvabet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *