Pada suatu pagi Jumaat yang kelam kabut, hujan renyai-renyai membasahi Kuala Lumpur. Zulkifli menarik nafas panjang, melihat ke luar tingkap kereta, memikirkan khutbah yang akan disampaikan sebentar lagi di Institut Jantung Negara (IJN). Setiap Jumaat biasanya dipenuhi dengan rutin yang sama, dari masjid ke masjid, tapi kali ini sesuatu yang lebih menarik. Kebetulan, ada beberapa […]
Category Archives: Memoir
“Ustaz, bolehkah bertalfiq kepada mazhab Malik dalam masalah kenajisan anjing sahaja?”, tanya seorang jemaah surau selepas Zulkifli menyampaikan kuliah. Zulkifli mengajaknya duduk di tiang surau dan menjelaskan jawapannya kepada penanya. “Bab talfiq ni saya dah ulas banyak dalam artikel-artikel saya. Nanti ruju di web www.muftiwp.gov.my. Talfiq hanya boleh bila wujud keperluan seperti hajat dan darurat, […]
Sambungan lepas di sini Bangun tahanan kedua dan berkata dengan nada yang tinggi. “Ustaz tak layak cakap tentang jihad. Ustaz pun tak pernah berjihad!” Suaranya agak beremosi. Seakan-akan terganggu dengan hujahan demi hujahan yang dikemukakan oleh Zulkifli sebentar tadi. Dalam membicarakan isu jihad, amat penting ia dilihat secara holistik dan komprehensif, bukan hanya sebahagian kecil […]
“Assalamualaikum Dr., kami dah sampai depan rumah Dr.” Kedengaran suara garau lelaki menelefon Zulkifli. Beliau bergegas keluar daripada rumah dan menaiki kenderaan yang siap menunggu di hadapan pagar rumahnya. Ustaz Jamali, pegawai JAKIM yang bertugas di Kem Tahanan Kamunting menyambut beliau dengan senyuman dan mempersilakannya masuk ke dalam kereta. Begitulah rutin Zulkifli dalam beberapa tempoh […]
“Apa lagi yang kita boleh buat untuk usaha inovasi Pejabat Mufti? Ana nak masyarakat lebih dekat dengan Pejabat Mufti kita ni…”, tanya Zulkifli pada satu petang kepada beberapa orang pegawainya. Persoalan yang dilontarkan biasanya beliau sudah ada jawapannya tapi sekadar ingin mendapatkan pandangan untuk mengembangkan idea. Razif menggelengkan kepala. Fahmi dan Mushfique saling berpandangan. Umar […]
Seorang wanita dengan umur 30-an termangu-mangu sendirian di ruang menunggu yang disediakan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Beliau tidak menghiraukan staf yang lalu lalang. Beberapa orang tetamu sudah silih berganti masuk dan keluar menemui Zulkifli. Puan Rahmah berulang-kali meneliti fail jadual harian Mufti Wilayah Persekutuan. “Hmm…tak ada buat appointment ni!”, getus beliau dalam […]
“Puan Rahmah, jadual ana macam mana hari ni? Boleh tolong bacakan?”. Begitulah soalan pertama yang akan ditanya Zulkifli setiap pagi. Beliau kebiasaannya meneliti jadual harian beberapa hari lebih awal dengan Pegawai Khasnya, En. Hashim bagi sebarang persediaan. Sebarang perubahan atau penyelarasan akan diuruskan oleh Puan Rahmah, En. Hashim dan beliau sendiri jika ada. Puan Rahmah […]
“Hashim. Tempat kita nak ceramah ni, dekat dop dengan Hospital Bahagia?”, tanya Zulkifli kepada pemandu yang juga merangkap pegawai khasnya. “Aaa…dekat!”, jawabnya ringkas setelah meneliti aplikasi Google Map di telefon pintar miliknya. Zulkifli mencapai telefonnya dan membuat panggilan kepada Ustaz Haji Kamaruddin Adam, Penolong Mufti Bahagian Fatwa di Jabatan Mufti Negeri Perak. “Syeikh. Ana cadang […]
“Ustaz, doakan saya masuk syurga. Banyak sangat dosa saya. Ya Allah…”, bisik seorang Banduan Akhir selepas selesai majlis. Semua Banduan Akhir bersalam-salaman dengan Zulkifli sebelum majlis tamat. Tahun pertama Zulkifli mengusulkan program ziarah Mufti Wilayah Persekutuan ke Penjara Kajang, ia amat-amat memberi kesan kepada dirinya sendiri termasuk kepada masyarakat Malaysia. Media memberikan liputan meluas kepada […]
“Sarah rajin tengok dop Pokemon?”, tanya Tok Aki. “Mestila…Sarah selalu tengok kat Netflix.”, jawab Sarah sambil melihat burung merpati yang bertenggek di dahan pokok di luar tingkap. “Zul ada keluar pandangan hukum pasal Pokemon dulu. Riuh satu Malaysia. Surat khabar Timur Tengah, orang putih pun banyak ambik pandangan dia. Macam-macam Zul kena. Ada yang sokong, […]