Alhamdulillah, saay pernah mencatatkan dalam Tazkirah Harian Ramadhan berkenaan Catatan Kemengan Ramadhan. Pada kali ini, saya akan tumpukan dan fokuskan secara khusus berkenaan dengan pembukaan kota Mekah. Catatan dalam Garis Masa Hayat al-Rasul SAW menunjukkan pembukaan kota Makkah berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah. PEPERANGAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH Ibn al-Qayyim telah menyebutkan: “la adalah […]
Category Archives: Renungan Ramadhan
Kenapa kita perlu bersahur? Jawapannya, kerana mengikut perintah Nabi SAW. Antara kelebihannya, sebuah hadith diriwayatkan oleh oleh Anas Bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: تَسَحَّرُوا، فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً Maksudnya : “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” Riwayat al-Bukhari (1923) dan Muslim (45) Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith menyatakan bahawa hadith ini […]
Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya sehingga ke Hari Kesudahan. Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang […]
Alhamdulillah, lafaz syukur kami rafakkan kepada-Nya kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan lagi acara ibadat puasa dan ibadat yang lain pada bulan Ramadhan. Antara yang ingin disampaikan dalam Tazkirah Harian Ramadhan pada kali ini, “Benarkah puasa boleh menatijahkan kesihatan yang baik?” Sebagai mukadimah persoalan ini, kami nukilkan dua hadith Nabi SAW: Daripada Ali Karramallahu Wajhah, […]
Alhamdulillah, sudah enam hari kita melangsungkan ibadat puasa Ramadhan. Dalam catatan kemenangan untuk siri Tazkirah Harian Ramadhan. Pada kali ini kami akan fokuskan kisah Nabi Palsu Dibunuh, al-Mukhtar bin Abi ‘Ubaid al-Thaqafi. Kami mulakan dengan dua hadith Nabi SAW: Ibn Abbas berkata: Disebutkan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda: بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ، رَأَيْتُ أَنَّهُ وُضِعَ فِي […]
Ramadhan merupakan madrasah yang sepatutnya kita memperolehi tarbiyah serta kebaikan yang amat banyak. Antara yang mungkin kita boleh usahakan dengan cita-cita yang teguh serta tekad dan azam menjadikan Ramadhan ini sebagai mukhayyam tarbawi. Dengan kesibukan masa pada bulan-bulan yang lain, ramai ketua keluarga atau ibu bapa yang biasanya sibuk bekerja, tidak sempat untuk melayan kerenah […]
Alhamdulillah, kita sudah melalui hari kedua puasa. Ketahuilah, masa berlalu begitu pantas. Benarlah firman Allah SWT: وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ Maksudnya: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta […]
Alhamdulillah, Ramadhan baru menjengah kita beberapa hari. Mengambil kesempatan dalam Tazkirah Harian Ramadhan pada kali ini saya tajukkan dengan Khatam al-Quran: Inilah Cita-Citaku. Walaupun saya bahasakan dengan Inilah Cita-Citaku tetapi maksud saya kita semua. Sebagai seorang Muslim mesti bertekad untuk mengkhatamkan al-Quran walaupun sekali sepanjang Ramadhan. Ini kerana, Ramadhan adalah bulan diturunkan al-Quran. Firman Allah […]
Sesungguhnya, Ramadhan mencatatkan banyak kemenangan. Menelusuri sejarah kegemilangan Islam dan obor kejayaannya telah dipandu dan dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri selepas tertegaknya kerajaan Islam di Madinah. Hal ini diteruskan lagi oleh Khulafa’ al-Rasyidin, Khilafah Umawiyyah, Khilafah Abbasiyyah, sehinggalah ke zaman mutakhir ini. Apabila disebutkan tentang kemenangan Islam, apa yang terlintas dalam minda kita sudah tentu […]
Alhamdulillah saya lafazkan dan zahirkan perasaan gembira sebagai seorang Muslim yang Mukmin pada awal Ramadhan, dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT dengan sesungguh-sungguhnya. Antara yang disunatkan untuk kita lakukan dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak adalah: Pertama, kita doakan apabila masuk sahaja waktu Maghrib: اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا نُحِبُّ […]