SOALAN Bagaimana jika saya solat dengan arah kiblat yang sedikit tersasar. Perlukah saya meneruskan solat jemaah di surau itu atau solat jemaah saya tidak sah setelah mengetahui kiblatnya salah? JAWAPAN Menghadap Kaabah itu yakni menghadap dengan dada, bukan dengan kepala bagi orang yang solat berdiri dan duduk; dengan kepala dan dada bagi orang yang solat […]
Tag Archives: Fiqh
SOALAN Sahkah nazar yang diniatkan di hati dan tidak dilafazkan? JAWAPAN Imam al-Nawawi menyatakan bahawa pandangan yang paling sahih dalam isu ini yang menjadi kesepakatan dalam kalangan ulama Shafi’iyyah ialah tidak sah nazar melainkan dengan melafazkannya dengan lisan dan kata-kata, dan tidak sah sekadar dengan niat.[1] Imam Jalaluddin al-Suyuti sewaktu menghuraikan kaedah al-umur bi maqasidiha […]
SOALAN Apakah hukum mendirikan banyak jemaah di tempat solat yang sama? JAWAPAN Saya bahagikan kepada dua lokasi; masjid dan surau iaitu surau-surau di kompleks beli belah, di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), dan seumpamanya. Masjid yang dimaksudkan di sini adalah masjid rasmi yang disediakan untuk jemaah menunaikan solat lima waktu, solat Jumaat, dan selainnya yang […]
SOALAN Bolehkah makmum yang bermukim, solat di belakang imam yang musafir? JAWAPAN Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imran bin Husain beliau berkata: غَزَوْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَشَهِدْتُ مَعَهُ الْفَتْحَ فَأَقَامَ بِمَكَّةَ ثَمَانِيَ عَشْرَةَ لَيْلَةً لاَ يُصَلِّي إِلاَّ رَكْعَتَيْنِ وَيَقُولُ يَا أَهْلَ الْبَلَدِ صَلُّوا أَرْبَعًا فَإِنَّا قَوْمٌ سَفْرٌ Maksudnya: Aku pergi berperang […]
SOALAN Bolehkah makmum solat qasar berimamkan imam yang solat tamam? JAWAPAN Firman Allah SWT: وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ Maksudnya: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang…”[1] Daripada Ya’la bin Umayyah, katanya: قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ (لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ […]
SOALAN Apakah maksud “doa yang mustajab pada penghujung solat”? JAWAPAN Antara waktu yang kita digalakkan untuk berdoa padanya bagi mendapatkan kemustajaban adalah pada penghujung solat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili R.A bahawa Rasulullah S.A.W ditanyakan: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ قَالَ جَوْفُ اللَّيْلِ الآخِرُ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ Maksudnya: “Wahai […]
SOALAN Apakah hukum air liur yang keluar ketika tidur dan ianya terkena pada baju. Adakah ia dianggap sebagai najis? JAWAPAN Asal bagi air liur yang keluar dari mulut seorang manusia adalah suci. Dalam yang telah diceritakan oleh Saidatina Aisyah r.anha. Kata beliau: كُنْتُ أَشْرَبُ وَأَنَا حَائِضٌ ثُمَّ أُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ […]
SOALAN Apakah hukum ambil buah dan makan buah daripada pokok jiran yang jatuh di halaman rumah saya? JAWAPAN Secara asasnya, mengambil hak orang lain tanpa izin adalah haram. Firman Allah SWT: وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah…”[1] Begitu juga […]
SOALAN Apakah hukum memuatnaik gambar lama yang tidak menutup aurat? JAWAPAN Menurut Imam al-Nawawi, hukum melihat aurat ajnabi samada bagi lelaki dan wanita adalah haram dengan ijma’ ulama.[1] Adapun melihat gambar yang bercetak atau dalam bentuk digital, boleh diqiyaskan hukumnya kepada pantulan objek pada cermin atau air yang dibincangkan oleh para ulama’. Imam al-Ramli ketika […]
SOALAN Jika suami seorang wanita meninggal dunia di rumahnya dan jenazahnya hendak diuruskan di masjid, bolehkah wanita itu turut pergi ke masjid sebagai penghormatan terakhir kepada arwah suaminya? JAWAPAN Dari sudut istilah, iddah memberi maksud tegahan kepada wanita untuk berhias dan yang membawa kepada maknanya pada tempoh tertentu dalam keadaan tertentu. Ia membawah maksud tegahan […]