‘Ukkasyah bin Mihsan

Nama beliau ialah ِAbu Mihsan ‘Ukkasyah bin Mihsan bin Hurthan bin Qais bin Murrah bin Kathir bin Ghanm bin Dudan bin Asad bin Khuzaiman al-Asadi. Beliau adalah al-Sa‘id al-Syahid, mendapat jaminan perlindungan Quraisy, salah seorang daripada al-Sabiqun al-Awwalun, ahli Badar dan ahli syurga. Beliau juga merupakan salah seorang jejaka yang paling tampan. 

Dalam peperangan Badar, beliau telah diuji dengan ujian yang baik iaitu pedang yang berada ditangannya telah patah. Maka Nabi SAW memberinya sebatang pelepah daripada pohon tamar atau sebatang ranting. Kemudian dengan izin Allah SWT batang yang berada di tangannya telah telah bertukar menjadi pedang, dan beliau telah berperang dengan menggunakan pedang tersebut. (Lihat Siyar A‘lam al-Nubala’, 1/307-308; Usd al-Ghabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, 4/64)

Terdapat kisah ‘Ukasyah mencium perut Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A dalam al-Mu‘jam al-Kabir oleh Imam al-Tabarani dengan panjang lebar. Di sini kami datangkan sebahagian daripada teks atau matannya:

ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا عُكَّاشَةُ اضْرِبْ إِنْ كُنْتَ ضارِبًا. فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، ضَرَبْتَني وَأَنَا حاسِرٌ عَنْ بَطْنِي. فَكَشَفَ عَنْ بَطْنِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَصَاحَ الْمُسْلِمُونَ بِالْبُكَاءِ، وَقَالُوا: أَتُرَى عُكَّاشَةُ ضَارِبٌ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَلَمَّا نَظَرَ عُكَّاشَةُ إِلَى بَيَاضِ بَطْنِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأَنَّهُ، وَقَبَّلَ بَطْنَهُ

Maksudnya: “Kemudian Rasulullah SAW berkata: ‘Wahai ‘Ukkasyah, pukullah aku jika benar bahawa aku pernah memukulmu.’ Beliau berkata: ‘Wahai Rasulullah, kamu telah memukulku dalam keadaan perutku terdedah.’ Maka Rasulullah SAW mendedahkan perutnya dalam keadaan umat Islam menangis dengan penuh kesyahduan. Mereka berkata: ‘Adakah akan dilihat ‘Ukkasyah memukul Rasulullah SAW?’ Apabila ‘Ukkasyah melihat putihnya perut Rasulullah SAW, maka beliau terus menciumnya.’” 

Riwayat al-Tabarani (2676)

Selain itu Rasulullah SAW telah memberi khabar gembira kepadanya bahawa beliau termasuk dalam kalangan ahli syurga. Hal ini adalah sebagaimana riwayat Abu Hurairah R.A, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

يَدْخُلُ الجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي زُمْرَةٌ هُمْ سَبْعُونَ أَلْفًا، تُضِيءُ وُجُوهُهُمْ إِضَاءَةَ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ. وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: فَقَامَ عُكَّاشَةُ بْنُ مِحْصَنٍ الأَسَدِيُّ يَرْفَعُ نَمِرَةً عَلَيْهِ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، ادْعُ اللهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ، قَالَ: «اللهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ» ثُمَّ قَامَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، ادْعُ اللهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ، فَقَالَ: سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ.

Maksudnya: “Akan masuk syurga sekumpulan daripada umatku, mereka seramai tujuh puluh ribu orang, wajah mereka bersinar seperti bersinarnya bulan pada malam purnama.” Abu Hurairah berkata: “Setelah itu ‘Ukkasyah bin Mihsan al-Asadi R.A berdiri sambil mengangkat kain yang dipakainya, lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, berdoalah agar Allah menjadikan aku termasuk salah seorang daripada mereka.’ Maka Baginda berdoa: “اللهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ” (Ya Allah, jadikanlah dia termasuk dalam kalangan mereka). Setelah itu berdiri pula seorang lelaki dari golongan Ansar, lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, berdoalah agar Allah menjadikan aku salah seorang daripada mereka.’ Baginda bersabda: ‘‘Ukkasyah telah mendahului engkau dalam doa tersebut.’

Riwayat al-Bukhari (6542)

Dalam riwayat Muslim datang dengan lafaz, “Akan masuk syurga daripada kalangan umatku 70 ribu tanpa hisab.” Riwayat Muslim (216)

Begitu juga terdapat riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya: 

خَرَجَ عَلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: «عُرِضَتْ عَلَيَّ الأُمَمُ، فَجَعَلَ يَمُرُّ النَّبِيُّ مَعَهُ الرَّجُلُ، وَالنَّبِيُّ مَعَهُ الرَّجُلاَنِ، وَالنَّبِيُّ مَعَهُ الرَّهْطُ، وَالنَّبِيُّ لَيْسَ مَعَهُ أَحَدٌ، وَرَأَيْتُ سَوَادًا كَثِيرًا سَدَّ الأُفُقَ، فَرَجَوْتُ أَنْ تَكُونَ أُمَّتِي، فَقِيلَ: هَذَا مُوسَى فِي قَوْمِهِ، ثُمَّ قِيلَ لِي: انْظُرْ، فَرَأَيْتُ سَوَادًا كَثِيرًا سَدَّ الأُفُقَ، فَقِيلَ لِي: انْظُرْ هَكَذَا وَهَكَذَا، فَرَأَيْتُ سَوَادًا كَثِيرًا سَدَّ الأُفُقَ، فَقِيلَ: هَؤُلاَءِ أُمَّتُكَ، وَمَعَ هَؤُلاَءِ سَبْعُونَ أَلْفًا يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ» فَتَفَرَّقَ النَّاسُ وَلَمْ يُبَيِّنْ لَهُمْ، فَتَذَاكَرَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا: أَمَّا نَحْنُ فَوُلِدْنَا فِي الشِّرْكِ، وَلَكِنَّا آمَنَّا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَلَكِنْ هَؤُلاَءِ هُمْ أَبْنَاؤُنَا، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «هُمُ الَّذِينَ لاَ يَتَطَيَّرُونَ، وَلاَ يَسْتَرْقُونَ، وَلاَ يَكْتَوُونَ، وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ» فَقَامَ عُكَّاشَةُ بْنُ مِحْصَنٍ فَقَالَ: أَمِنْهُمْ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «نَعَمْ» فَقَامَ آخَرُ فَقَالَ: أَمِنْهُمْ أَنَا؟ فَقَالَ: «سَبَقَكَ بِهَا عُكَاشَةُ»

Maksudnya:Suatu hari Nabi SAW keluar menemui kami, maka Baginda SAW bersabda: ‘Diperlihatkan segala umat kepadaku. Maka bermulalah lalu (di hadapan Baginda SAW) seorang Nabi dan bersamanya seorang lelaki, dan ada nabi yang bersamanya dua orang lelaki, dan ada nabi yang bersamanya sekelompok manusia, dan ada nabi yang tidak ada seorang pun bersamanya. Dan aku pun telah melihat kelompok besar telah menutupi ufuk. Maka aku berharap itu adalah umatku. Dikatakan (kepadaku): ‘Ini ialah Musa bersama kaumnya.’ Kemudian dikatakan kepadaku: ‘Lihatlah.’ Dan aku pun melihat kelompok besar telah menutupi ufuk. Dikatakan kepadaku: ‘Lihatlah ke arah ini dan ke arah ini.’ Maka aku melihat kelompok besar telah menutupi ufuk. Dikatakan: ‘Mereka itu adalah umatmu, dan bersama mereka itu tujuh puluh ribu orang yang akan masuk ke syurga tanpa hisab.’ Maka orang ramai berbeza pendapat dalam keadaan Baginda SAW belum menjelaskan kepada mereka. Maka para sahabat Nabi SAW memperbincangkannya. Mereka berkata: ‘Adapun kita dilahirkan dalam kesyirikan, tetapi kita beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Namun, mereka itu adalah anak-anak kita.’ Hal ini sampai kepada Nabi SAW, lalu Baginda SAW bersabda: ‘Mereka adalah orang-orang yang tidak melakukan tatayyur (mengambil alamat baik atau buruk melalui burung-burung), tidak minta diruqyahkan (dengan ruqyah syirik) dan tidak berubat dengan selaran besi panas, dan mereka bertawakkal kepada Tuhan mereka.’ Maka ‘Ukasyah bin Mihsan berdiri lalu berkata: ‘Adakah aku termasuk daripada kalangan mereka wahai Rasululah?’ Baginda SAW bersabda: ‘Ya.’ Seorang lelaki lain berdiri dan berkata: ‘Adakah aku termasuk dalam kalangan mereka wahai Rasulullah?’ Baginda SAW bersabda: ‘Engkau telah didahului oleh ‘Ukasyah dalam hal itu.’

Riwayat al-Bukhari (5752)

Terdapat riwayat daripada Ummu Qais binti Minsan, katanya: Rasulullah SAW wafat ketika ‘Ukkasyah berumur 44 tahun. Beliau dibunuh pada tahun selepas itu di Buzakhah pada zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq, tahun 12 Hijrah. (Lihat al-Isti‘ab, 3/1080). Ada pendapat menyatakan, ‘Ukkasyah gugur syahid dalam peperangan melawan golongan murtad, dan dibunuh oleh Tulaihah bin Khuwailid.(Lihat al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 4/440)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *