“Syeikh Soleh, saya akan pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, saya telah tamat pengajian di Universiti Islam Madinah.” Zul menyapa seorang tua memakai misylah dan berjubah kuning yang sedang asyik berzikir. Syeikh Soleh adalah “rakan sepengajian” Zul bersama-sama Syeikh Muhammad ‘Ali Thani di Masjid Nabawi. Orangnya kurus dan kecil, suka membaca al-Qur’an. Kebiasaannya khatam al-Qur’an sekali dalam […]
Category Archives: Memoir
“Sarah rase-rase, berape tahun Zul di Madinah?”, Tok Aki cuba menduga cucunya yang sejak awal tadi tak berkutik sedikit pun. “Emm…4 tahun kan? Atuk ade cakap haritu. Atuk lupe ye…”, Sarah mengenyitkan matanya. “Haa…betul. Tak lupe. Saje nok test Sarah. Fokus ke dop ape yang atuk cite dari awal.”, ujar Tok Aki. Tok Aki menyambung […]
“Para penuntut ilmu yang dirahmati Allah, Universiti Islam Madinah sentiasa mengutamakan pengukuhan hubungan persaudaraan sesama Muslim sebagai asas kepada pembentukan ummah yang cemerlang. Kami menjunjung firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami […]
“Cepat, Zul…lambat nanti. Rasanya Maulana dah sampai tu!”. Zulkifli Singapore mengajak Zul ke Masjid Nabawi. Zulkifli adalah salah seorang rakannya yang berasal daripada Singapura. Oleh kerana ada beberapa orang yang bernama Zulkifli, maka masing-masing ada panggilan bagi memudahkan untuk dikenali rakan dan para masyaikh. Di sanalah juga bermulanya panggilan Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Menjadi kelaziman setiap […]
“Zul, enta faham tak apa yang Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti terangkan tadi?”, tanya Azhan selepas kelas. Kelas Syeikh memang antara yang ditunggu-tunggu kerana kemantapan penghujahannya dan kekuatan ilmunya. “Isu ape? Fath al-zara’i ke? Oh…mudah je nak faham. Istilah itu Imam Al-Qarafi yang sebut. Dia ulama besar mazhab Maliki. اعْلَمْ أَنَّ الذَّرِيعَةَ كَمَا يَجِبُ […]
“Atuk, orang Islam buat haji di Mekah kan? Jauh tak Mekah dengan Malaysia?”, Sarah bertanya kepada Tok Aki. Tok Aki berpaling kepada cucunya dan berkata, “Jauhnye tu, dok lah jauh sangat. Dalam 9 jam jugok kalu direct flight. Puahsang[1]…Hahaha.”. “Ohhh…atuk, Zul pernah buat haji tak masa dia belajar di Madinah dulu? Madinah dengan Mekah macam […]
“Nama saya Zulkifli bin Mohamad. Berasal daripada Terengganu, Malaysia. Di sini, saya belajar di Kuliah Syariah, Universiti Islam Madinah. Saya berhasrat untuk menjadi anak-anak panah Islam. Boleh dipanahkan ke mana saja…”, Zul memperkenalkan dirinya dalam usrah khas bersama Dr. Abu Mu’az. Dr. Abu Mu’az tersenyum dan ketawa kecil kemudian berkata, “Zulkifli, kamu akan jadi orang […]
“Ayub, cepat skek. Nanti lambat ana sapa kelas Syeikh Muhammad ‘Ali Thani!”, Zul memanggil adiknya dari dalam kereta. Kereta terpakai Mazda 929 yang dibeli Zul semasa Khairul mula mendaftar di Universiti Islam Madinah, memudahkan pergerakannya ke mana-mana. Pemandunya, sudah pastilah Khairul. Bermula dengan berbasikal mencari ikang sekila di baruh sehinggalah di berkereta Madinah, Khairul tetap […]
بَابُ نُزُولِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ حَاكِمًا بِشرِيعَةِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ، ح، وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ، أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنِ ابْنِ الْمُسَيِّبِ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَيُوشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ […]
Hari Khamis dan Jumaat adalah cuti hujung minggu bagi keseluruhan Arab Saudi. Sejarah bermulanya cuti hujung minggu pada hari Khamis dan Jumaat ini bermula sejak era pemerintahan Saidina Umar al-Khattab lagi. Pada ketika itu, beliau menjadikan hari Khamis dan Jumaat sebagai cuti bagi kanak-kanak yang belajar di katatib[1] setelah hari-hari lain dipenuhi dengan pengajian. [2] […]