Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Bagaimana hukum mempercayai bahawa jika lambat membeli beras setelah kehabisan beras, maka ia akan menyebabkan rezeki akan putus? Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Perkara asas akidah yang wajib diketahui adalah Allah SWT adalah pemilik sebenar rezeki. Tidak ada yang boleh memberi atau menahan rezeki melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT :

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ قُلِ اللَّـهُ ۖ

Maksudnya: “Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah…”[1]

Al-Razi berkata: “(Ayat ini) memberikan isyarat bahawa tiada manfaat melainkan dengan izin Allah dan ianya datang daripada Allah.”[2]

Setiap makhluk yang hidup termasuk haiwan, Allah telah menetapkan rezekinya. Allah SWT berfirman :

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّـهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Maksudnya : “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”[3]

Ayat ini menjelaskan bahawa tiada satu pun makhluk yang diberikan kehidupan oleh Allah, kemudian dibiarkan tanpa ada jaminan rezeki. Ibn Kathir berkata: “Allah SWT memberitahu bahawa Dia menjamin rezeki kesemua makhluk termasuk kesemua binatang. Yang kecil, besar,di laut mahupun di darat.”[4]

 

Kepercayaan Rezeki Putus Jika Lambat Beli Beras

Kepercayaan sebegini tidak ada asalnya di dalam Islam. Jika ditanggungkan bahwa yang dimaksudkan rezeki yang terputus ialah makanan yang sudah kehabisan di rumah dan mungkin tiada makanan pada hari itu, maka munasabah dan boleh diterima sebagai istilah Bahasa sahaja.

Namun jika diiktikadkan bahawa jika beras sudah kehabisan di rumah, lambat membeli beras akan menyebabkan rezeki yang telah Allah takdirkan akan lambat, maka hal ini tidak betul dan harus dijauhkan kepercayaan seperti ini. Rezeki Allah itu sesungguhnya lebih luas daripada sekadar beras. Allah berfirman dalam al-Quran:

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).”[5]

Dalam susunan hadis 40 Imam al-Nawawi ada menyebut sebuah hadis Rasulullah SAW:

إنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٍّ أَمْ سَعِيدٍ؛

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap seorang daripada kamu dihimpunkan penciptaan dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai nutfah (campuran air mani), kemudian sebagai alaqah (gumpalan darah) selama itu juga, kemudian sebagai mudghah (sebentuk daging) selama itu juga, lalu diutuskan kepadanya satu malaikat dan malaikat meniupkan ruh ke dalamnya, dan ditetapkan 4 urusannya; dituliskan rezekinya, ajalnya, amalannya, penderitaannya atau kebahagiaannya.”[6]

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh Aisyah R.anha:

دَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ: هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ؟ فَقُلْنَا: لَا، قَالَ: فَإِنِّي إِذَنْ صَائِمٌ. ثُمَّ أَتَانَا يَوْمًا آخَرَ فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ، أُهْدِيَ لَنَا حَيْسٌ فَقَالَ: أَرِينِيهِ، فَلَقَدْ أَصْبَحْتُ صَائِمًا، فَأَكَلَ

Maksudnya: Suatu hari Rasulullah SAW masuk (ke rumah) menemuiku dan bertanya, “Adakah kamu memiliki apa-apa (untuk kita makan)?” Aku menjawab, “Tiada.” Baginda bersabda, “Kalau begitu aku berpuasa.” Suatu hari lain baginda datang lagi dan (kali ini) aku berkata, “Wahai Rasulullah! Ada orang hadiahkan kepada hais (tamar yang bercampur lemak).” Baginda lalu berkata, “Tunjukkannya kepadaku, sesungguhnya aku telah berpuasa sejak pagi.” Lalu baginda memakannya.[7]

Kisah ini menunjukkan sikap zuhud dan berasa cukup Rasulullah SAW dengan apa yang ada. Langsung tidak dikaitkan apabila tidak dibeli makanan menandakan rezeki daripada Allah Taala telah terputus.

Justeru, hendaklah kita meninggalkan kepercayaan bahawa rezeki akan terputus jika terlambat memberi beras kerana ianya tidak sesuai dan bertentangan dengan konsep rezeki dan taqdir di dalam Islam.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 21 Januari 2022 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1443H

 

[1] Surah Saba’: 24

[2] Lihat Mafatih al-Ghaib, 25/205

[3] Surah Hud: 6

[4] Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 3/305

[5] Surah al-Baqarah: 22

[6] Riwayat al-Bukhari (3308) dan Muslim (2643)

[7] Riwayat Muslim (1154)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *