Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Adakah dibolehkan dan termasuk dalam perkara sunnah untuk membahagikan ayat-ayat al-Quran yang akan dibaca di dalam solat terawih supaya dapat mengkhatamkannya di hujung bulan Ramadan nanti? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Bulan Ramadan ialah bulan yang Allah mulai menurunkan al-quran pada malam Lailatul Qadar sebagai petunjuk dan hidayah bagi seluruh umat manusia menuju kepada kebenaran. Di dalamnya terdapat bukti-bukti yang sangat jelas ke atas petunjuk Allah dan pembeza antara kebenaran dengan kebatilan. Pada bulan Ramadhan juga, Malaikat Jibril telah diutus kepada Nabi SAW bagi mengulangi bacaan al-Quran bersamanya. Hal ini adalah berdasarkan riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ أَجْوَدُ بِالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الـمُرْسَلَةِ

Maksudnya:Rasulullah SAW ialah manusia yang paling dermawan, dan Baginda semakin dermawan pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Adapun Jibril menemui Baginda pada setiap malam bulan Ramadhan, lalu saling bertilawah al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika ditemui Jibril lebih dermawan dengan kebaikan melebihi angin yang bertiup (yang memberi manfaat kepada manusia).[1]

Berbalik kepada soalan yang diajukan, Syeikh Ahmad al-Barlisi ada menukilkan daripada Imam al-Isnawi bahawa solat terawih adalah sunat menurut ijma‘ ulama. Malah, Ibn al-Solah dan Ibn ‘Abd al-Salam telah berfatwa bahawa mengkhatamkan al-Quran di dalam keseluruhan solat terawih adalah lebih baik berbanding hanya membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali di dalam setiap rakaat.[2]

Selain itu, Imam Abu Hanifah menyebutkan, sunnahnya mengkhatamkan al-Quran sekali — dalam bulan Ramadhan. Oleh itu, janganlah imam meninggalkan amalan mengkhatamkan al-Quran ini disebabkan oleh malasnya orang ramai — jemaah solat. Bahkan, sepatutnya dia membaca di dalam setiap rakaat itu sebanyak sepuluh ayat atau seumpamanya, maka dia akan berjaya mengkhatamkan al-Quran dengan perbuatannya itu kerana bilangan rakaat solat terawih sepanjang bulan Ramadan ialah sebanyak 600 rakaat atau 580 rakaat, sedangkan bilangan ayat al-Quran pula ialah enam ribu lebih ayat.[3]

Selain daripada itu, terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat, seorang imam hendaklah membaca sebanyak 20 hingga 30 ayat bagi setiap rakaat. Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat daripada Umar R.A bahawa beliau telah memanggil tiga orang imam dan mengarahkan orang yang pertama membaca sebanyak 30 ayat bagi setiap rakaat, manakala orang yang kedua membaca sebanyak 25 ayat bagi setiap rakaat dan orang yang ketiga pula membaca sebanyak 20 ayat bagi setiap rakaat. Kemudian al-Kasani mengulas perkara ini dengan menyebutkan bahawa apa yang disebutkan oleh Imam Abu Hanifah sebagai sunnah ialah sunnah untuk mengkhatamkan al-Quran sebanyak sekali dalam solat-solat terawih — di dalam bulan Ramadan. Manakala apa yang dibuat oleh Umar R.A pula adalah termasuk dalam perkara yang baik iaitu mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua atau tiga kali, dan ini adalah pada zamannya. Adapun pada zaman kita sekarang, adalah lebih baik seorang imam itu membaca ayat-ayat al-Quran mengikut keadaan manusia — yang menjadi makmumnya — dari segi kesungguhan dan kemalasannya. Oleh itu, seorang imam itu membaca mengikut kadar yang tidak menyebabkan mereka lari daripada jemaah solat kerana meramaikan jemaah solat adalah lebih baik berbanding memanjangkan bacaan.[4]

Begitu juga, Ibn Hajar al-Haitami juga ada berpendapat bahawa membaca sebahagian ayat — yakni daripada surah yang panjang — adalah lebih baik di dalam solat terawih sekiranya mahu mengkhatamkan al-Quran. Sekiranya tidak — yakni tidak mahu mengkhatamkan al-Quran dalam solat tarawih — maka membaca surah yang sempurna dan lengkap adalah lebih baik sebagaimana yang telah difatwakan oleh Ibn al-Solah. Malah al-Syarwani mengulas kenyataan ini dalam hasyiahnya dengan menyebutkan, difahami daripada perkara itu bahawa membaca sebahagian surah panjang adalah lebih baik sekiranya mahu mengkhatamkan al-Quran dalam solat tarawih dan sekiranya tidak mahu berbuat demikian, maka membaca surah — yakni yang pendek secara sempurna — adalah lebih baik.[5]

Kesimpulannya

Justeru, berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa membahagikan ayat-ayat al-Quran untuk dibaca di dalam solat terawih bagi tujuan mengkhatamkannya di akhir Ramadan termasuk dalam perkara sunnah dan sangat digalakkan. Lebih-lebih lagi sekiranya solat terawih itu didirikan secara berjemaah, maka ia merupakan salah satu cara supaya orang ramai atau ahli keluarga dapat mengambil manfaat dengan keseluruhan bacaan al-Quran tersebut.

Walau bagaimanapun, perlu diambil kira juga keadaan makmum yang mengikuti imam ketika solat terawih. Hal ini kerana keadaan setiap makmum itu tidak sama, bahkan berbeza-beza. Ada dalam kalangan mereka yang kuat pegangan agamanya dan ada juga dalam kalangan mereka yang masih lemah serta tidak kuat pegangannya. Oleh itu, menjadi kewajipan seorang imam itu meraikan semua peringkat dan keadaan manusia yang berbeza-beza itu, di samping memberi semangat kepada mereka untuk sama-sama menunaikan solat terawih secara berjemaah sehingga selesai bersama imam. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat ganjaran sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW menerusi sabdanya:

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan solat (terawih) bersama imam sehingga selesai, dituliskan ganjaran untuknya qiyam (beribadah) sepanjang malam.”[6]

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 23 Mac 2022 bersamaan 20 Syaaban 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Riwayat al-Bukhari (3220)

[2] Lihat Hasyiata Qalyubi wa ‘Umairah, 1/248.

[3] Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/147-148.

[4] Lihat Badai‘ al-Sanai‘, 1/289.

[5] Lihat Tuhfah al-Muhtaj wa Hawasyi al-Syarwani wa al-‘Ibadi, 2/52.

[6] Riwayat Ibn Majah (1327)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *