Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Adakah terdapat doa yang boleh diamalkan sekiranya seseorang ditakdirkan memperoleh malam al-Qadar atau Lailatul Qadar ini?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Para ulama’ berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam al-Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, adalah berdasarkan kepada beberapa nas, antaranya ialah firman Allah SWT:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: “Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.[1]

Ibrahim al-Nakha‘i ketika menafsirkan ayat ini berkata: “Beramal pada malam tersebut (Lailatul Qadar) lebih baik daripada beramal pada seribu tahun.”[2]

Antara kelebihan malam tersebut ialah:

  • Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa Lailatul Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama’ dan ahli tafsir berpendapat amalan yang dilakukan pada malam ini (Lailatul Qadar) lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya Lailatul Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.
  • Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam al-Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.”
  • Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
  • Mendapat keselamatan dan kebaikan tanpa sebarang kejahatan hingga terbitnya fajar. Al-Dhahhak berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.” Manakala Mujahid pula berpendapat: “Ia merupakan malam yang selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”[3]

Oleh itu, hendaklah kita melakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikannya. Penuhilah ia dengan Qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa, khususnya memohon keampunan dan rahmat daripada-Nya..

Lafaz Doa pada Malam al-Qadar

Menjawab persoalan di atas, kami nukilkan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, beliau berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar, maka apakah doa yang mesti kuucapkan?” Jawab Nabi SAW: “Berdoalah:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka kepada pengampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”[4]

Al-Hafiz Ibn Rajab berkata: “Dianjurkan supaya banyak memohon keampunan kepada Allah pada malam al-Qadar setelah sebelumnya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada malam-malam Ramadhan dan juga sepuluh malam terakhir. Ini kerana, orang yang arif (bijak) adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam beramal, namun dia masih menganggap bahawa amalan yang dia lakukan bukanlah suatu amalan, keadaan atau ucapan yang baik (soleh). Maka oleh sebab itu, dia banyak memohon keampunan kepada Allah seperti orang yang penuh kekurangan kerana dosa.”[5]

Selain itu, Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa ashab kami (ulama’ Syafi‘iyyah) mengatakan disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada malam al-Qadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Quran, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia.[6]

Justeru, marilah kita memperbanyakkan lagi berdoa khususnya dengan doa ini lebih-lebih lagi dalam sepuluh akhir Ramadhan ini. Mudah-mudahan kita memperoleh kelebihan Lailatul Qadar serta dimudahkan dalam melakukan amalan soleh di dalamnya.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 25 April 2022 bersamaan 23 Ramadhan 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Surah al-Qadr (3)

[2] Lihat Lathaif al-Ma‘arif, hlm. 341

[3] Lihat Tafsir al-Qurtubi, 20/133

[4] Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384). Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Manakala Syeikh Syu‘aib al-Arna’uth menghukum sanad hadith ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah.

[5] Lihat Lathaif al-Ma‘arif, hlm. 362

[6] Lihat al-Azkar, hlm. 191

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *