Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

SOALAN

Apakah hukum penggunaan benang hitam yang dipakaikan kepada bayi yang sering menangis ?

JAWAPAN

Hukum pemakaian benang atau tali di tangan atau kaki bayi dengan keyakinan bahawa ia dapat mendatangkan manfaat atau mengelakkan kemudaratan adalah haram. Menurut W.W. Skeat, pemakaian benang atau tali hitam yang dijadikan gelang adalah amalan tradisi orang Melayu dulukala untuk melindungi bayi dan kanak-kanak daripada bajang.[1]

Dalam Bahasa Arab, tangkal seperti ini dikenali dengan nama tamimah. Imam al-Khattabi mendefinisikan tamimah dengan katanya: “Benang-benang yang digantungkan golongan Arab terdahulu kepada anak-anak mereka dengan tujuan untuk mengelakkan penyakit ‘ain menurut sangkaan mereka.[2]

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Isa bin Abd al-Rahman bin Abi Laila beliau berkata: Aku pergi menziarahi Abu Ma’bad Al-Juhani dan aku mendapati badannya kemerah-merahan. Lalu aku berkata kepadanya: Tidakkah kamu menggantungkan sesuatu? Maka beliau menjawab:

الْمَوْتُ أَقْرَبُ مِنْ ذَلِكَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

Maksudnya: “Mati itu jauh lebih baik dari perbuatan tersebut. Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang menggantung sesuatu nescaya dia akan diserahkan kepadanya (benda yang digantung).”[3]

Syeikh Mulla Ali Al-Qari ketika mensyarahkan hadis ini, beliau menukilkan kata-kata Ibn Al-Athir dalam kitabnya: “Sesiapa yang menggantungkan sesuatu ke atas dirinya daripada pelindung-pelindung, tamimah, dan yang seumpama dengan keduanya dengan beriktikad bahawa kesemua itu mendatangkan manfaat atau menghalang kemudaratan nescaya dia akan diserahkan kepadanya. Iaitu dia akan dibiarkan bersama benda yang dijadikan pelindung itu dan akan ditinggalkan bersamanya.”[4]

Terdapat sebuah riwayat daripada ‘Imran Bin Husain radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi SAW pada suatu hari melihat seorang lelaki yang memakai gelang di tangannya. Lalu Nabi SAW bersabda:

مَا هَذِهِ الْحَلْقَةُ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ هَذِهِ مِنَ الْوَاهِنَةِ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ انْزِعْهَا فَإِنَّهَا لاَ تَزِيدُكَ إِلاَّ وَهْنًا

Maksudnya: “Gelang apakah ini ? Maka lelaki itu pun menjawab: Ini disebabkan penyakit. Lalu baginda bersabda: Tanggalkanlah ia kerana sesungguhnya ia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan.”[5]

Maka jelas daripada hadis di atas bahawa Nabi SAW memerintahkan supaya pemakaian gelang dengan tujuan dan keyakinan bahawa ia dapat menyembuhkan dielakkan kerana ia sama sekali tidak dapat memberi manfaat mahupun mengelakkan kemudaratan. Wallahu a’lam.

[1] Malay Magic, m. 321. Bajang adalah hantu yang berkuku panjang dan suka mengganggu perempuan yang sedang mengandung atau kanak-kanak. Lihat https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=bajang

[2] Maʿālim al-Sunan, 4/204

[3] Riwayat Al-Tirmizi, no. 2072

[4] Mirqāt al-Mafātīḥ, 7/2882

[5] Riwayat Ibn Majah, no. 3531

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *