YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkesempatan melawat Bilik Gerakan COVID-19 Universiti Putra Malaysia (UPM). UPM sememangnya amat bersedia dalam menangani isu ini dalam kalangan warga UPM.
YB Menteri sempat meluangkan masa mendapatkan maklumbalas semasa daripada Jawatankuasa Pengurusan Universiti secara sidang video.
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dan seluruh Jawatankuasa Pengurusan Universiti atas kesiapsiagaan ini.