Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Apakah status puasa perempuan hamil yang tidak dapat menahan dirinya daripada muntah pada siang hari Ramadhan? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pada asasnya, muntah dengan sengaja termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa, sekalipun muntah yang keluar itu adalah sedikit. Muntah ialah apa-apa makanan yang kembali keluar — daripada mulutnya — selepas melepasi halkum sekalipun air, dan sekalipun tidak berubah rasa dan baunya.[1]

Di dalam al-Fiqh al-Manhaji dinyatakan bahawa muntah yang disengajakan membatalkan puasa seseorang, sekalipun dia pasti tiada apa-apa daripada muntahan tersebut masuk semula ke dalam perutnya. Akan tetapi, puasa seseorang itu tidak batal sekiranya tiada upaya menahan muntahnya, sekalipun dia mengetahui ada sesuatu daripada muntahan tersebut yang masuk semula ke dalam perutnya dengan tidak sengaja.[2] Selain daripada itu, maksud muntah dengan sengaja adalah seperti menjolok-jolok lidah ke langit sehingga menyebabkan muntah.[3]

Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith, daripada Abu Hurairah R.A bahawa, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ ذَرَعَهُ قَيْءٌ وَهُوَ صَائِمٌ، فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ، وَإِنِ اسْتَقَاءَ فَلْيَقْضِ

Maksudnya:Sesiapa yang tidak dapat menahan muntahnya semasa berpuasa, dia tidak wajib menggantikan (yakni qadha’) puasanya dan jika sengaja muntah, dia hendaklah menggantikannya.”[4]

Al-Khattabi ketika mensyarahkan hadith di atas menyatakan, termasuk dalam makna muntah dengan tidak sengaja adalah apa yang biasanya terjadi kepada manusia seperti masuknya lalat dalam kerongkongnya dan masuk air ke dalam perutnya seperti air banjir (tertelan air banjir) dan yang menyerupai perkara ini, sesungguhnya ia tidak merosakkan puasanya.[5] Tambahan lagi, menurut al-Baijuri, muntah yang tidak membatalkan puasa juga adalah jika dalam keadaan dipaksa oleh tubuh untuk muntah. Kecuali jika muntah itu kembali masuk ke dalam perutnya atas usahanya sendiri, maka batal puasanya.[6]

Kesimpulannya

Oleh itu, berdasarkan kepada perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa puasa perempuan hamil yang tidak dapat menahan dirinya daripada muntah pada siang hari Ramadhan adalah masih sah dan tidak perlu menggantikannya. Hal ini kerana ia termasuk dalam muntah yang tidak disengajakan kerana kebiasaannya perempuan hamil akan berasa loya akibat kehamilan mereka itu. Justeru, muntah yang terkeluar itu bukan atas usahanya, tetapi dipaksa oleh tubuh badannnya.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 12 April 2022 bersamaan 10 Ramadhan 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 455; lihat juga Matn Abi Syuja‘, hlm. 19.

[2] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/85.

[3] Lihat Zain al-Talib, 2/80.

[4] Riwayat Abu Daud (2380), al-Tirmizi (720) dan yang lainnya

[5] Lihat Ma‘alim al-Sunan, 2/112.

[6] Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 1/556.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *