Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan tentang hukum bacaan Qunut Nazilah tatkala umat Islam ditimpa dengan sesuatu musibah?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Qunut pada asasnya adalah doa. Bacaan qunut terbahagi kepada dua.

Pertama, Qunut Ratibah, iaitu qunut yang disunatkan untuk membacanya pada dua tempat :

  • Pada Iktidal di dalam rakaat yang kedua solat Subuh
  • Pada Iktidal yang terakhir dalam solat sunat Witir bermula pertengahan bulan Ramadhan.[1]

Kedua, Qunut Nazilah iaitu doa yang disunatkan untuk dibaca di dalam solat ketika berlaku sesuatu musibah atau bencana khususnya ketika ianya melibatkan orang muslim.

Dalam menjawab persoalan terdapat kisah yang tertulis di dalam sirah Rasulullah SAW, bahawa Baginda SAW pernah membaca doa qunut nazilah ketika mana berlakunya suatu pengkhianatan dan pembunuhan ke atas beberapa sahabat Nabi SAW. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kejadian tersebut, antaranya yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa:

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏.‏

Maksudnya: Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka Baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qura’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan.[2]

Selain itu, Abu Hurairah R.A, berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ مِنْ صَلَاةِ الْعِشَاءِ قَنَتَ اللَّهُمَّ أَنْجِ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ اللَّهُمَّ أَنْجِ سَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya Nabi SAW apabila berkata “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ” pada raka’at terakhir ketika solat ‘Isya’, beliau membaca qunut “Ya Allah selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abi Rabi’ah, Ya Allah selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Ya Allah selamatkanlah Salamah bin Hisyam, Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah keraskanlah ‘azab-Mu ke atas Mudhar, Ya Allah jadikanlah (‘azab-Mu) ke atas mereka dalam bentuk musim kemarau yang panjang sepertimana musim kemarau zaman Nabi Yusuf AS.”[3]

Berdasarkan hadis-hadis di atas, Imam al-Nawawi mengatakan bahawa pendapat yang sahih di sisi mazhab al-Syafie adalah: Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut.[4]

Imam al-Nawawi turut berkata: “Disyariatkan qunut dalam kesemua solat fardhu disebabkan nazilah (kejadian tertentu yang berlaku) dan bukanlah (ia dibaca) secara mutlak (yakni tanpa sebarang sebab).”[5]

Manakala Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam mensyarahkan kata-kata Imam Al-Nawawi di atas beliau berkata: “Sama ada nazilah (kejadian yang berlaku) itu bersifat umum atau pun perkara khusus yang melibatkan masyarakat umum yang mana kemudharatannya akan melibatkan umat Islam seperti wabak dan juga taun, demikian juga hujan lebat yang memudharatkan.”[6]

Selain itu, Imam al-Syafi’ie di dalam kitab al-Umm menyatakan bahawa sekiranya ditimpa musibah boleh membaca qunut Nazilah pada waktu yang dilarang membaca qunut. Ini berdasarkan pendapat beliau: Tidak ada qunut ketika solat dua hari raya dan solat Istisqa’. Sekiranya membaca qunut ketika musibah, aku tidak memakruhkan.[7]

Qunut nazilah disunatkan untuk dibaca secara jelas (Jahar) dan disunatkan untuk mengangkat tangan yang mana ianya dibaca pada rakaat terakhir setelah bangun daripada rukuk. Qunut nazilah hanya dibaca pada di dalam solat fardhu.

Imam al-Nawawi berkata: “Adapun (Qunut) selain solat Subuh iaitu solat fardhu yang lain, tidak boleh untuk melakukan qunut tanpa ada sebarang hajat.Apabila umat Islam ditimpa satu musibah, maka boleh melakukan qunut dalam semua solat fardhu.”[8]

Syeikh al-Bujairimi menyebut: “Tempat di dalam solat yang mana makmum dibenarkan untuk menyaringkan suara di belakang imam ada lima : Ketika mengaminkan bacaan Al-Fatihah bersama imam, dalam qunut Subuh, dalam qunut ketika solat sunat Witir bermula pada pertengahan bulan Ramadhan dan dalam Qunut Nazilah dalam solat lima waktu.”[9]

Al-Khatib Al-Syarbini: “Jika ada musibah yang menimpa umat Islam maka disunatkan untuk membacanya (qunut) pada keseluruhan solat (fardhu).”[10]

Berdasarkan apa yang disebutkan ini, maka dapat difahami bahawa qunut nazilah hanya dibaca di dalam solat fardhu bukannya di dalam sunat. Hanya dalam solat sunat Witir disunatkan untuk membaca Qunut. Adapun selain daripada itu, tidak disunatkan membaca Qunut.

 

Antara Keadaan yang Dibacakan Qunut Nazilah

Menurut Mulla Ali al-Qari, diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar membaca qunut ketika memerangi Musailamah al-Kazzab dan ketika memerangi ahli kitab.[11]

Dinyatakan bahawa Saidina Umar RA, ketika memerangi orang Nasrani membaca doa Qunut Nazilah di dalam solatnya:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُثْنِي عَلَيْكَ وَلا نَكْفُرُكَ ، وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَفْجُرُكَ ، اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ ، وَنَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخَافُ عَذَابَكَ إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ ، اللَّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ ، وَأَلْقِ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ، وَخَالِفْ بَيْنَ كَلِمِهِمْ ، وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ رِجْسَكَ وَعَذَابَكَ ، اللَّهُمَّ عَذِّبْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكِ وَيُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُونَ أَوْلِيَاءَكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ، وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ، وَاجْعَلْ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ وَالْحِكْمَةَ ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُولِكَ ، وَأَوْزِعْهُمْ أَنْ يُوفُوا بِعَهْدِكَ الَّذِي عَاهَدْتَهُمْ عَلَيْهِ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، إِلَهَ الْحَقِّ وَاجْعَلْنَا مِنْهُمْ

Maksudnya“Ya Allah kami memohon darimu pertolongan dan keampunan, kami memujimu dan tidak sesekali kami mengkufurimu, dan kami beriman kepadamu, kami menjauhi dan meninggalkan mereka yang menderhakaimu, wahai tuhan yang kami sembah,dan kepadamu kami menunaikan solat dan bersujud, dan kepadamu kami menuju, dan kami mengharapkan rahmatMu, dan kami sangat takut akan azabMu, Sesungguhnya azabMu untuk mereka yang mengkufurimu,Ya Allah azabkanlah orang kafir, dan letakkanlah di hati mereka ketakutan, dan berbalikkanlah kesatuan mereka, dan turunkanlah laknat dan azab darimu, Ya Allah azabkanlah orang kafir dari ahli kitab yang menghalang jalanMu dan tidak membenarkan Rasaul-rasulmu dan membunuh para auliya’Mu, Ya Allah ampunkanlah orang-orang mukmin, dan orang-orang Islam, dan perelokkan serta satukan kesatuan mereka, dan letakkanlah di hati mereka iman dan hikmah,dan kekalkan mereka di atas agama rasulMu, dan ilhamkan mereka untuk setia dengan janjiMu yang telah engkau janjikan, dan bantulah mereka dalam menghadapi musuhmu dan musuh mereka, Wahai tuhan yang benar, jadikanlah kami dari golongan yang engkau bantu.”[12]

 

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami berpendapat bahawa membaca qunut nazilah ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan Islam dan Umat Islam secara keseluruhan seperti diperangi secara nyata atau dikhianati musuh, adalah diharuskan. Bahkan, kami katakan ianya sunat berdasarkan beberapa riwayat yang telah dinyatakan.

Sebagai contoh dalam konteks hari ini, dapat dilihat ketika mana Gaza dan Syria dilanda peperangan, imam Masjid al-Haram membaca qunut nazilah mendoakan kemenangan ke atas orang Islam di sana sekaligus mendoakan kehancuran serta memohon kepada Allah diturunkan bala bencana ke atas orang kafir yang memerangi orang Islam.

Kami juga berpendapat, sewajarnya umat Islam memperbanyakkan istighfar, taubat, sedekah,dan ketaatan kepada Allah. Ini kerana ia akan menyelesaikan banyak kemelut yang dihadapi oleh ummah. Benarlah firman Allah SWT:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Maksudnya“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu.”[13]

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala suruhan-Nya. Amin.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 8/12/2021 bersamaan 4 Jamadil Awal 1443H

[1] Lihat al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masa’il al-Mufidah, hlm. 244

[2] Riwayat al-Bukhari (4090)

[3] Riwayat al-Bukhari (6393)

[4] Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/475

[5] Lihat Minhaj al-Thalibin, 1/222

[6] Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 2/68

[7] Lihat kitab al-Umm, 2/510

[8] Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/493

[9] Lihat Tuhfah al-Habib ‘Ala Syarh al-Khatib, 4/369

[10] Lihat al-‘Iqna’ fi Hilli Alfaz Abi Syuja’, 1/130

[11] Lihat Mirqat al-Mafatih, 4/417

[12] Lihat Futuhat Rabbaniyah, 3/301

[13] (Surah Nuh: 10-11)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *