YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyampaikan sumbangan peralatan pernafasan iaitu BIPAP Machine (ICU), ventilator ICU, home ventilator dan lain-lain berjumlah RM3.27 juta kepada 7 buah hospital.

Hospital yang terlibat adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Putrajaya, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Tunku Azizah dan Hospital Labuan.

Majlis berlangsung dalam suasana yang ringkas, dalam masa kurang 10 minit. ⁣⁣Terima kasih kepada pembayar zakat!
⁣⁣
#socialdistancing #stayathome #Covid_19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *