Hari minggu adalah hari yang agak lapang bagi Zul di Damsyik. Memandangkan tidak ada apa-apa urusan penting, beliau bercadang untuk pergi ke Dataran Marjeh. Dataran tersebut dibina pada zaman ‘Uthmaniyyah pada akhir kurun ke-19. Beberapa orang temannya seperti Fuad Ebnu Ali, Ghazali, Nazmi Karim, Pok Cik, Hakimi dan lain-lain sudah diajak namun masing-masing ada urusan. […]
Category Archives: Memoir
“Hadirin yang dirahmati Allah SWT. Islam pun mula berkembang di Madinah di tahun tersebut. Seperti yang dijanjikan, sekumpulan orang Ansar pun tiba seramai dua belas orang naqib bertemu di Al-‘Aqabah. Pertemuan ini dikenal dengan ‘Aqabah Pertama (al-‘Aqabah al-Ula)…” Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti pada malam itu sedang mengajarkan Fiqh al-Sirah yang disusunnya sendiri. Kitab […]
Pengenalan Zul dengan Syeikh Sadiq Habannah al-Maidani, iaitu saudara kandung kepada Syeikh Hasan Habannakah memberikan Zul satu gambaran yang lebih luas dalam memahami fiqh Mazhab Syafie. Kemasyhurannya dalam Fiqh Syafie tidak dipertikaikan lagi sehingga penduduk Syam menganggap beliau sebagai Syeikhul Islam bagi mazhab Syafie. Beliau mewarisi keilmuan saudaranya, Syeikh Hasan Habannakah. Nama sebenar beliau adalah […]
Kebanyakan para ulama’ Syria dianugerahkan Allah SWT dengan kemahiran yang mendalam dalam fiqh dan usul fiqh. Zul memanfaatkan peluangnya sepanjang pengajian di Syria untuk menimba ilmu dengan beberapa orang ulama terkenal. Antara yang terawal adalah Syeikh Dr. Mustafa Sa’id al-Khin selaku penyelia tesis beliau. Hampir setiap minggu, Zul akan ke rumah Syeikh untuk berbincang tentang […]
Awal pagi Zul, Azli dan Hazman sudah menunggu di al-Majma’ al-‘Ilmi al-‘Ali (MIA) di Masjid al-Aqsab (Jami’ Sadat), Damsyik. Ia adalah sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdullatif Soleh al-Farfour yang juga berperanan sebagai Dekan. Beliau juga anggota Lajnah Majma’ Fiqh Islami bertempat di Mekah. MIA diasaskan pada tahun 1990 dan […]
Matahari sudah mula menampakkan sinarnya sejak jam 6.30 pagi. Zul, Azli dan Hazman bersiap-siap untuk ke Kedutaan Syria di Amman. Tinggal seminggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, segala urusan perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan perancangan mereka untuk masuk ke Damsyik tergendala. Tiba di Kedutaan Syria, mereka disambut oleh seorang pegawai. […]
“Mesti best kan Zul boleh jalan-jalan di Jordan?”, sampuk Sarah semasa Tok Aki sedang bercerita. Tok Aki mencapai cucur jagung dan mengunyahnya. “Memanglah best. Lagi jauh kite jalan, lagi luas pengalaman.”, jawab Tok Aki. “Zul sempat pergi banyak tempat masa di Jordan. Meh atuk cite…”, Tok Aki menyambung kata-katanya. *********************** Sepanjang perjalanan, Zul kaget melihat […]
Tahun 1989 – 1993 Zul berada di Madinah. Tahun 1994, beliau memulakan musafir ilmunya ke Syria. Sekali lagi, Lapangan Terbang Telaga Batin dan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ditinggalkan, menuju ke Jordan sebagai transit sebelum masuk ke Syria. Zul mengimbau kembali kenangan pertamanya melihat Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Bagai rusa masuk kampung. Teruja dengan saiznya yang […]
Semasa menunggu keputusan temuduga di KUSZA, Zul ada mengintai peluang-peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana. Beliau bertanyakan pandangan beberapa individu yang lebih berpengalaman dan antara yang menarik minatnya adalah pandangan daripada kawannya, Zulkifli Mohd. Radzi. “Zul. Enta gi ngaji di Syria. Sane sedak ngaji. Barang muroh. Tempat comey. Ulama’ pung rama…”, cadangnya kepada Zul. […]
Perjalanan hampir 8 jam di udara berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Kepulangan Zul disambut meriah kaum keluarga, sanak saudara, dan penduduk Kampung Kubang Kekura. “Alhamdulillah, Zul balik ning bulehlah kite tupang berkat minum air zamzam, jamoh kheme[1], kata Pok De yang bertandang ke rumah Ustaz Mad bersama Mok De. “Sile..sile. Ambe bowok kelik banyok […]