Category Archives: Memoir

Bab 18: Pengalaman Pertama Sekelas Dengan Orang Arab

Daripada Jeddah, mereka menaiki kapal terbang menuju ke Madinah dengan hati yang penuh gembira. Bumi barakah yang sebelum ini hanya dibaca dari kitab-kitab, ditonton dari kaca televisyen, didengar dari Tokki, nenek dan saudara mara yang pernah ke sana menunaikan haji dan umrah. 55 minit perjalanan di udara, tidak ada apa-apa yang menarik kerana selain awan […]

Bab 17: SZB- JED

Zul meneliti baris demi baris, faks daripada Universiti Islam Madinah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ambak Ismail, mantan Mudir SMAASZA dan antara anggota Jemaah Nazir Negeri Terengganu. “Alhamdulillah, tahniah Zul, Zaini, Shohor Bani, Rudaini, Hanafi. Lime orang dari Tranung terpilih untuk masuk Universiti Islam Madinah!”, ucap Ustaz Haji Ambak dengan penuh bangga sambil menunjukkan salinan […]

Bab 16: Temuduga Universiti Islam Madinah

Dengan berakhirnya peperiksaan Thanawi, maka berakhirlah alam persekolahan Zul di SMAASZA. Bagaimana keputusannya? Alhamdulillah, beliau dan beberapa orang lagi sahabatnya memperoleh Mumtaz seperti yang dijangka oleh guru-guru. Berkat usaha, doa ibu bapa jua semangat para guru yang tidak putus asa dalam memberi ilmu. “Zul, Shohor, kite nok masuk mane lepah ning?”, tanya Zaini pada satu […]

Bab 15: “Demonstrasi Aman” di SMAASZA

Budaya menyampaikan tazkirah semasa waktu rehat ataupun waktu ketiadaan guru, tetap diteruskan sehingga ke Tahun 4 Thanawi. Tabir yang memisahkan pelajar lelaki dan perempuan akan ditarik sebelum memulakan tazkirah. Tidak sayugia pelajar lelaki memandang pelajar wanita, begitu juga sebaliknya. Perbincangan antara pelajar berlainan jantina juga berlaku di balik tabir. Mustahil untuk melihat pelajar lelaki dan […]

Bab 14: Jemaah Tabligh

“Tuan-tuan yang mulia. Asbab kejayaan kita di dunia dan akhirat ada empat; beriman kepada Allah, beramal soleh, melaksanakan perintah Allah dan usaha atas iman dan amal. Hal ini Allah dah sebut dalam Surah al-‘Asr. Alhamdulillah, kita ada ramai buzruq[1] yang boleh bantu kita dalam usaha dakwah hari ini di Malaysia khususnya Terengganu. Depa boleh bantu […]

Bab 13: Belajar dan Mengajar

“Atuk, lepas konsert tu, Zul pegi konsert ape lagi ye?”, tanya Sarah. “Hehe…Setahu atuk, tak dop doh konsert hok Zul gi.  Se tu je. Konsert pertame dang terakhir.”, kata Tok Aki tersenyum. “Ok, Sarah. Atuk sambung cite ye. Panjang lagi cite kite ning.”. Tok Aki menyambung kembali ceritanya… ****************** “Insya-Allah, hari ning kite mulekang dengan […]

Bab 12: Al-Arqam dan Nadamurni

Cita-citaku Islam gemilang Cita-citaku daulahnya berulang Cita-citaku Islam cemerlang Cita-citaku Islam tinggi menjulang   Kawan mari susun barisan Kita mara ke hadapan Mari perjuangkan Islam Kita tagih yang dijanjikan   Kawan mari kumpulkan tenaga Kita korbankan harta punya Jangan kita buang masa percuma   Kawan mari kumpulkan tenaga Kita korbankan harta punya Perjuangkan Islam hingga […]

Bab 11: Cerita Budak Kubang Kekura di depan Syeikhul Azhar

“Dop soh belilah mutor, bahaye. Banyok doh kes kemalangang. Zul tengok di tibi tu…”, Ustaz Mad berdalih. Beliau memang agak keberatan untuk membeli motosikal kepada anaknya. Siapa yang tidak risaukan anak. Tambahan pula bila umur sudah menjengah alam remaja, dengan motosikal sebuah, macam-macam boleh dibuatnya. “Insya-Allah ayoh. Zul bowok mutor molek-molek. Tok kang nok bowok […]

Bab 10: Usrah, Tarbiah dan Dakwah

Semasa di SMAASZA Batu Burok, Zul masih aktif dengan sukan sepak takraw. Sebahagian besar waktunya di rumah sewa, dimanfaatkan untuk mengulangkaji pelajaran, membaca dan mengikuti majlis ilmu. Honda Cub TJ5329 hadiah Ustaz Mad dimanfaatkan sebaiknya untuk bertalaqqi kitab-kitab kuning dengan Tuan-Tuan Guru di sekitar Terengganu. Antaranya Tuan Guru Haji Abdul Rahman Fatani di Kuala Ibai, […]

Bab 9: Bekwoh di Tranung

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia. Sebaik-baik perkahwinan adalah dengan meneliti beberapa perkara berikut: Semata-mata kerana Allah iaitu membina rumahtangga yang mengamalkan ajaran Islam, melahirkan zuriat yang baik sehingga mampu memikul amanah dan merealisasikan usaha bagi […]