Category Archives: Memoir

Bab 68: Sampai Bila?

“Arwah pernah berpesan dan amanahkan kepada saya dan adik-beradik supaya menjaga isteri, anak-anaknya serta syarikat miliknya setelah dia meninggal dunia,” kata adik bongsu Allahyarham Fairuz Nizam Husain, yang maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya DUKE, di sini. Zulkifli mendengar dengan serius setiap patah perkataan yang terbit daripada mulut Faizznur. Berita […]

Bab 66: MH370

“Makin sibuk ye Zul sejak jadi Mufti?”, tanya Sarah kepada Tok Aki. Pisang goreng di tangan kanannya disuap ke dalam mulut. “Hmm…macam tulah. Siang di pejabat. Malam kuliah di masjid, surau. Hujung minggu kadang-kadang ada program dakwah sehari ke Perak, Kedah, Johor. Kalau ada masa kosong pun, Zul menulis buku.”, jawab Tok Aki sambil mencicip […]

Bab 65: Kunjungan Istimewa Daripada al-Azhar

“Ustaz, ana baru dapat call. Syeikh Usamah al-Azhari berhajat nak ziarah ustaz hari Ahad ni.”, kata Hashim ketika sedang memandu. Zulkifli yang berada di sebelahnya bertanya kembali, “Syeikh Usamah ni, yang muda-muda lagi tu ya? Tak silap ana umur dia tak sampai lagi 40 tahun. Sorang lagi Syeikh Usamah al-Rifa’ie, ulama Syam yang ana kenal […]

Bab 64: Mata Air Al-Kafur Buat Guru Kami, Al-Farfour

Mikrofon dibuka dan Syeikh Dr. Muhammad Abdullatif Soleh al-Farfour bersuara. “Zulkifli telah berjaya menyiapkan tesis ini dengan amat baik dan memenuhi prasyarat awal untuk bergelar Sarjana dalam bidang Syariah daripada institusi pengajian tinggi yang bertuah ini. Sebelum saya mengumumkan keputusannya, saya ingin menarik perhatian semua untuk membudayakan metodologi tarjih dalam menukilkan satu-satu pandangan. Kita perlu […]

Bab 63: Manhaj Umum dalam Fatwa

Sejak awal pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli sudah menyusun metodologi yang jelas bagi fatwa dan pandangan hukum yang dikeluarkan oleh beliau. Inilah profesionalisme dalam kefatwaan. Seorang Mufti perlu tampil dengan metodologi yang jelas dalam perkhabaran hukum agar ia tidak semudah-mudahnya dipertikaikan oleh pihak lain. Pertama, jelas tentang persoalan yang diutarakan. Ini berdasarkan kaedah: الْحُكْمُ […]

Bab 62: Meninggalkan atau Ditinggalkan

“En. Hilmi, boleh tak ana nak tengok sikit web kita?”, tanya Zulkifli kepada Penolong Mufti Bahagian Khidmat Sokongan semasa pertemuan di biliknya. “Baik. Sekejap ya Dr. Saya panggil Shahrul.”, balas En. Hilmi yang bingkas beredar untuk mendapatkan Shahrul yang merupakan Juruteknik Komputer di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2 minit kemudian, Shahrul memberi salam dan masuk […]

Bab 61: Hari Pertama Sebagai Mufti

Pagi ini tidak seperti pagi kebiasaannya. Selesai solat Subuh, Zulkifli menyarung jubah putih, kakula[1], dan serban al-Azhar. Teringat kisah beberapa tahun lalu ketika Zulkifli ke Mesir bersama-sama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan. Beliau menempah 2 pasang kakula, warna hitam dan kelabu di sebuah kedai jahit berdekatan Masjid Hussain. Pada ketika itu, apa yang terlintas di fikirannya […]

Bab 60: Tanggungjawab, Bukan Kemuliaan

Prolog II Alhamdulillah telah selesai jilid pertama yang menghimpunkan 59 bab, catatan memoir kehidupan saya bermula sejak lahir sehingga menamatkan perkhidmatan di USIM. Para pembaca boleh membacanya secara keseluruhan dalam Bahasa Melayu di sini atau Bahasa Inggeris di sini. Jilid kedua ini lebih menjurus kepada pengalaman-pengalaman saya sewaktu menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan. Banyak kisah […]

Bab 59: Bekerja Dari Rumah

“Seterusnya dipersilakan Yang Berbahagia Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji untuk membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Pelaksanaan Sa’ie di Mas’a yang Diluaskan Menurut Pandangan Syara’.” Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan bin Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM) menjemput Zulkifli untuk melakukan pembentangan. Kelihatan beberapa Ahli Jawatankuasa […]