Category Archives: Memoir

Bab 58: Dia Ibuku

“Zul ni dari kecik dop bulih makang ikang muroh-muroh. Ye dok leh gi. Kalu ikang mahal, memang ye wehhi. Pesengang orang-orang besor doh…[1]. Terngiang-ngiang suara lembut almarhum Hajah Ramlah, ibu Zulkifli yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 November 2010. Hajah Ramlah atau lebih mesra dipanggil Che’ oleh anak-anaknya begitu suka memasak. Belum pernah Zulkifli […]

Bab 57: Permulaan Bagi Sebuah Perjalanan

“Ustaz. Ana rasa ustaz kena tukar kereta dah ni. Hehehe…”. Hasrulnizam cuba berseloroh apabila melihat barisan kenderaan besar di ruang parkir yang disediakan penganjur. Mungkin milik tetamu VIP dan para pegawai tinggi kerajaan yang hadir. Malam ini Zulkifli baharu selesai berforum bersama Mufti Negeri Johor, Sahibus Samahah Dato’ Haji Nooh bin Gadut di Melaka. “Mana […]

Bab 56: Fatwa, Usul al-Fiqh dan INFAD

Sale! Quick View Istilah-istilah Fiqh dan Usul Empat Mazhab RM40.00 RM30.00 Add to basket Sale! Quick View Inilah Doaku RM20.00 RM13.00 Add to basket Sale! Quick View (Edisi Kemaskini)Tips Hafazan Al Quran RM18.00 RM13.00 Add to basket Sale! Quick View (Edisi Kemaskini) Masa Peliharalah RM20.00 RM13.00 Add to basket Quick View Makrifah Rasulullah SAW RM14.00 […]

Bab 55: Rehlah ke Syria, Mesir dan Indonesia

“Aku amat gembira dengan kunjungan anda semua daripada Malaysia. Rakyat Malaysia sentiasa dekat di hatiku walaupun aku belum pernah sampai ke sana. Aku pernah ada seorang murid. Namanya Zulkifli. Entah bagaimana khabarnya sekarang…”, ujar Syeikh Rushdi Qalam kepada delegasi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang hadir menziarahinya di Masjid Ishak bin Rahawaih. Kesemuanya yang hadir […]

Bab 54: Kenanganku bersama Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili

BAB 54 “Soalan ni saya tujukan kepada Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Saya ingin bertanya tentang keperluan taqnin al-ahkam dalam Islam. Adakah ia satu tuntutan yang penting, atau tidak?” Zulkifli berpaling ke sebelah kanannya. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili di sebelahnya. Kedua-duanya sepentas dalam satu program anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM sempena kehadiran tokoh besar tersebut […]

Bab 53: Semangat Baharu di USIM

“Keadaan kewangan Kolej UNITI tak berapa baik sekarang. Ekonomi negara pun kurang stabil. Saya hargai usaha-usaha Dr. selama Dr. mengajar di sini. Dr. banyak membantu perkenalkan Kolej UNITI kepada masyarakat…”, kongsi Dr. Jailani semasa pertemuan Zulkifli bersama CEO Kolej UNITI. Bagai ada sesuatu yang ingin disampaikannya namun tak terungkap. “Takpe Dr. Saya amat faham. Suasana […]

Bab 52: Kenanganku di Singapura

“Saya perkenalkan, ini Ustaz Abdul Rahman, juga lulusan Universiti Islam Madinah dulu. Mungkin senior Ustaz.”, kata salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid al-Ghufran, Singapura kepada Zulkifli. Perjalanan daripada Negeri Sembilan ke Johor, seterusnya menaiki keretapi ke Singapura adalah antara pengalaman baharu dalam kerjayanya. Mereka singgah solat Zohor di Masjid al-Ghufran dan sempat beramah mesra dengan komuniti […]

Bab 51: Itulah Dakwah. Penat, Tapi Nikmat

BAB 51 Suasana di Bilik Lekir tenang, sebagaimana kebiasaannya. Bayu laut daripada Pantai Port Dickson yang terletak bersebelahan dengan Kolej UNITI, membangkitkan suasana yang amat mendamaikan. Zulkifli memulakan tugasnya seperti biasa, tanpa ada yang mengetahui rumahnya digeledah perompak malam semalam. Malam itu adalah malam yang amat mencemaskan. Zulkifli, isteri, anak-anaknya yang menetap di Kuarters Hospital […]

Bab 50: Berkhidmat Sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan

“Sidang hadirin, Muslimin yang dirahmati Allah SWT. Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk ditadabbur kandungannya sebagaimana firman Allah SWT: كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”[1] […]

Bab 49: Bermula Penulisan Kitab Syarah Hikam

“Walaupun nasi putih, lauk serba sikit, dengan telur asin, alhamdulillah. Itu rezeki Allah kepada kita semua.”, kata Zulkifli kepada para pelajarnya. Tengahari itu mereka sama-sama bergotong royong untuk memasak dan makan beramai-ramai di dalam dulang. Zulkifli seronok dapat meringankan beban kewangan para pelajarnya. Mereka juga seronok kerana selain dapat lebih berjimat, hubungan sesama mereka bertambah […]