Program Diploma Pengajian Islam adalah program baharu yang ditubuhkan hasil usahasama Zulkifli dan rakan-rakan sejawatannya seperti Ustaz Nafis Borhan, Ustaz Sabri Awang, Ustaz Azman Che Mat, Ustazah Hayati dan Ustazah Jami’ah. Wakil-wakil daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK, KPT) telah turun ke Kolej UNITI bagi memantau proses Pengajaran […]
Category Archives: Memoir
“Ayoh, Chik…ni gaji pertame Zul. Memang Zul niat untuk bagi ke Ayoh dengan Chik.”. Zulkifli meletakkan di atas meja, sekeping sampul surat yang dilipat. Ia berisi hampir keseluruhan gajinya pertamanya sebagai Pensyarah di Kolej UNITI. Ustaz Mad dan Hajah Ramlah pada mulanya menolak kerana anak mereka itu sudah pun berkeluarga dan sudah pasti lebih memerlukannya. […]
“Alhamdulillah…”, Zulkifli tersenyum melihat matahari pagi dari Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk memulakan kehidupan berkeluarga di negeri Adat Perpatih ini namun itulah suratan takdir Yang Maha Esa. “Buat ape di luar tu? Marilah masuk. Sarapan dah siap ni.”, isterinya memanggil daripada dapur. Semasa sedang menikmati sarapan, Zul menyuarakan […]
“Zulkifli, kamu sudah hampir menamatkan tesis ini. Setahun berulang alik bertemu aku di rumah. Apa perancangan kamu selepas ini?”, tanya Syeikh Dr. Mustafa al-Khin pada satu petang, selepas sesi konsultasinya sebagai penyelia kepada tesis Zul. “Insya-Allah, saya akan sambung PhD di sini.”, jawab Zul ringkas dan penuh yakin. “Baik, aku tunggu kamu mendaftar sebagai pelajar […]
“Selamat datang Ustaz Zul, ke United Kingdom!”, kata Husni sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Bersama beliau, beberapa orang pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom. Cuaca yang dingin sekitar 23 °C mula terasa sebaik sahaja beliau tiba di lapangan terbang. Bagi orang putih, itu sudah suhu yang selesa. Zul ada meneliti beberapa pamplet yang disediakan […]
Zul mengambil kesempatan menziarahi dengan salah seorang guru beliau di Madinah semasa musim haji tahun 1996. Dalam pertemuan itu, beliau memohon nasihat dan pandangan Syeikhnya berkenaan calon yang dirasakannya sesuai daripada ketiga-tiga calon yang diperkenalkan oleh Husni. “Zulkifli, wanita solehah adalah anugerah dalam rumahtangga. Nabi SAW bersabda: فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ Maksudnya: “Pilihlah perempuan […]
“Insya-Allah, minggu depan kita bertolak ke Mekah untuk buat haji. Kita akan tumpang dengan sahabat-sahabat kita di Jordan, ikut jalan darat. Siapa nak ikut, boleh beri nama kepada Ustaz Ghazali.”. Begitulah keputusan mesyuarat antara pelajar anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Syria. Zul turut memberikan namanya. Menjadi budaya sebahagian masyarakat di Syria, Turki dan beberapa buah negara […]
Haruman manisan semerbak di Souq al-Hamidiyah yang terletak di bandar lama Damsyik, menandakan hampirnya sambutan Maulidur Rasul. Gula-gula, manisan dan kekacang dipamerkan di barisan kedai di dalam pusat perniagaan tradisi tersebut. “Mari-mari…Manisan ini khas diperbuat daripada kacang, bijan, kelapa dan kacang pistachio. Istimewa sempena Maulidurrasul!”, seorang peniaga separuh abad umurnya memanggil-manggil orang ramai untuk ke […]
“Ustaz Zul! Ana nak belajar Hikam dengan Ustaz Zul boleh…? Sapaan Azlan memutuskan lamunan Zul. Zulyadain yang ada disisinya turut tersenyum. Kitab Hikam dipeluknya di dada. Kedua-duanya ingin belajar dengan Zul. Sejak mula menyambung pengajiannya di Syria, Zul adalah antara yang pelajar Malaysia yang menjadi rujukan untuk bertalaqqi oleh adik-adik junior di sana. Kebetulan, Zul […]
“Zul tak ade ziarah rumah kawan-kawan Arab dia ke di Syria? Sarah nak tahu jugak budaya orang di sana. Haritu atuk cerita kisah Zul di rumah Syeikh Sadiq Habannakah. Bestlah. Sarah dapat bayang macam-macam jenis makanan ade masa hari raya tu!”. Sarah begitu teruja dengan kisah Tok Aki berkenaan juadah Hari Raya Aidilfitri di Syria. […]