“Dakpe Mi. Aku ade sokmo dengang mung. Dop patut skoloh wat nyaknyer mung gitu.”, kata Zul sambil menepuk-nepuk bahu Mazemi, sahabatnya yang juga atlit SMASZAL. Mazemi tersenyum pahit. Menahan sebak. Zul ke rumah Mazemi dan bercakap dengan ayahnya. Gempar pagi itu di Bilik Guru apabila Zul, atlit harapan sekolah tiba-tiba menarik diri daripada acara sukan […]
Category Archives: Memoir
“Ape yang jadi kat Zul lepas dia kena buang asrama, atuk? Sebab ape die kene buang asrama?”, tanya Sarah penuh debaran. “Ddebor ork? Haha…Atuk nok stop dulu cite tu. Kite cite pasal sambutang hari-hari kebesorang Islam di Tranung.”, kata Tok Aki sambil menikmati Teh O Peng yang disediakan isterinya. Masang catung muka Sarah bila Tok […]
Zul berlari-lari anak ke basteng[1] berdekatan jalan utama diikuti Khairul. Khairul cuma berbeza 1 tahun dengan abangnya. Jadi, mereka ke sekolah bersama-sama. Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang adalah pilihan Ustaz Mad untuk anak-anaknya menyambung pengajian ke peringkat menengah. Umum mengetahui kehebatan para guru di situ, juga pelajarnya. Bas Pokcik Ripin memecut laju […]
Beberapa hari menjelang Hari Raya Aidilfitri, orang ramai akan memenuhi Pasar Payang, Kuala Terengganu bagi membeli pelbagai persiapan raya termasuk baju raya. Nama Pasar Payang diambil sempena “perahu payang” yang sering digunakan nelayan sejak awal proses perdagangan di Terengganu. Pada tahun 1964, ia dibangunkan sebagai sebuah pasar dengan gerai-gerai kayu yang berderet, bagi menempatkan peniaga-peniaga […]
“Bangung segheme[1]…anok-anok. Bangung, bangung”, Hajah Ramlah mengejutkan anak-anaknya. Zul menggeliat, menggosok mata. “Awalnye chik kejut kite…lambat lagi nok Subuh ning.”, kata Zul selepas menjeling ke jam loceng berjenama Junghans di sebelahnya. “Memangla kene bangung awal. Nok nyaoo[2] ekpong[3]!”, Hajah Ramlah keluar daripada bilik anak-anaknya selepas membuka lampu. “Oh, betulla. Doh mule puase.”, bisik Zul sendirian. […]
Awal-awal pagi Hajah Ramlah sudah berada di dapur menyiapkan sarapan untuk anak-anaknya. Kebiasaannya Nasi Goreng, Mi Goreng atau adakalanya Nasi Keboli dan Nasi Minyak. “Mi, Fauziah, Zul, Ayub, Yah, Azhar, Akim, Alang, Mubin, dah siap. Maghi makan panah-panah ning…”, panggil Hajah Ramlah dengan lembut. Wallie yang masih bertatih, mencapai kepok di dalam pinggan. Ustaz Mad […]
Sarah menguis-nguis pasir dengan ibu jari kakinya yang mongel. “Bosanlah atuk. Dah dua minggu Sarah kat kampung ni. Abah dengan ibu sibuk je memanjang di KL.”, suara kecilnya mengeluh. Sesekali Sarah mengetuk-ngetuk lantai beranda rumah tiang dua belas yang kaya dengan motif ukiran kayu Terengganu. “Atuk ada cerita best tak untuk Sarah? Penatlah hari-hari nenek […]
Sebenarnya sudah lama saya berhasrat untuk menulis memoir hidup, yang menghimpunkan pengalaman-pengalaman berharga sepanjang menjadi Mufti Wilayah Persekutuan. Namun, dek kekangan masa yang mencemburui sepanjang bertugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ia terkubur begitu sahaja. Sehari selepas peletakan jawatan, saya terfikir untuk menyambung kembali impian tersebut. Juga dimuatkan perjalanan ringkas kehidupan […]