Nama beliau ialah Juwairiyah binti al-Harith bin Abu Dhirar bin Habib bin ‘A’iz bin Malik bin Juzaimah iaitu al-Mustaliq bin ‘Amr bin Rabi‘ah bin Harithah bin ‘Amr al-Khuza‘iyyah al-Mustaliqiyyah. Beliau pada awalnya merupakan tawanan perang dalam peperangan al-Muraisi‘ yang berlaku pada tahun 5 Hijrah. Nama asalnya ialah Barrah, akan tetapi kemudiannya Baginda menukarnya (kepada Juwairiyah). […]
Category Archives: Ummu Al-Mukminin
Beliau ialah Zainab binti Jahsy bin Riyab. Beliau adalah sepupu Rasulullah SAW. Ibunya pula bernama Umaimah binti ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim. Nama julukan — kunyah — beliau ialah Ummu al-Hakam. Beliau juga termasuk salah seorang yang awal masuk Islam dan berhijrah. Selain itu, beliau juga ada meriwayatkan hadith dan hadithnya terdapat dalam al-Kutub al-Sittah. Di […]
Beliau ialah Zainab binti Khuzaimah bin al-Harith bin Abdullah bin ‘Amr bin ‘Abd Manaf bin Hilal bin ‘Amir bin Sa‘sa‘ah al-‘Amiriyyah. Para ulama tidak berselisih pendapat mengenai nasabnya. Beliau dipanggil sebagai Ummu al-Masakin (iaitu ibu bagi orang-orang miskin) pada zaman Jahiliyyah kerana beliau suka memberi makan dan bersedekah kepada orang miskin. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah […]
Beliau ialah Ummu Salamah Hind binti Abu Umayyah bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqazah bin Murrah al-Makhzumiyyah. Beliau adalah anak saudara kepada Khalid bin al-Walid R.A dan juga anak saudara kepada Abu Jahal bin Hisyam. Sebelum berkahwin dengan Nabi SAW, beliau adalah isteri kepada Abu Salamah bin ‘Abd al-Asad al-Makhzumi yang […]
Beliau ialah Hafsah binti Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab. Ibu beliau ialah Zainab binti Maz‘un. Beliau adalah adik-beradik kandung kepada Abdullah bin Umar. Hafsah R.Anha dilahirkan pada 5 tahun sebelum kenabian. Selain daripada itu, Hafsah R.Anha juga termasuk salah seorang yang berhijrah ke Madinah. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW, beliau sudah pun berkahwin […]
Beliau ialah Ummul Mukminin Saudah binti Zam‘ah bin Qais bin ‘Abd Syams bin ‘Abd Wudd bin Nasr al-Qurasyiyyah al-‘Amiriyyah. Sebelum berkahwin dengan Baginda, beliau telah berkahwin dengan al-Sakran bin ‘Amr, adik-beradik kepada Suhail bin ‘Amr al-‘Amiri. Beliau adalah wanita pertama yang dinikahi Nabi SAW selepas Khadijah, dan Baginda bersama dengannya selama kira-kira tiga tahun atau […]
Beliau ialah Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq Abdullah bin Uthman bin ‘Amr bin Ka‘ab bin Sa‘ad bin Taim al-Taimiyyah al-Qurasyiyyah. Ibu beliau bernama Ummu Ruman binti ‘Amir. Beliau dilahirkan empat atau lima tahun selepas Nabi SAW diutuskan sebagai Rasul. Beliau juga termasuk dalam kalangan mereka yang dilahirkan dalam Islam, dan usianya adalah 8 tahun lebih […]
Beliau ialah Ummul Mukminin Ummu al-Qasim Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusai bin Kilab al-Qurasyiyyah al-Asadiyyah. Beliau merupakan ibu kepada anak-anak Rasulullah SAW, orang pertama beriman dengannya dan yang membenarkannya sebelum sesiapapun. Beliau juga ialah orang yang menenangkan Baginda ketika dalam ketakutan dan membawanya berjumpa sepupunya iaitu Waraqah. Di samping itu, […]
Beliau ialah Hafsah binti Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab. Ibu beliau ialah Zainab binti Maz‘un. Beliau adalah adik-beradik kandung kepada Abdullah bin Umar. Hafsah R.Anha dilahirkan pada 5 tahun sebelum kenabian. Selain daripada itu, Hafsah R.Anha juga termasuk salah seorang yang berhijrah ke Madinah. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW, beliau sudah pun berkahwin […]